Kuala Lumpur, 22 September 2022 – Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21. Read more →
Tag: Zul Ariffin
(HIBURAN) KETAKSUBAN & PENYESATAN DALAM ‘TALBIS IBLIS’, FILEM SERAM ARAHAN KABIR BHATIA DI PAWAGAM 20 OKTOBER
(HIBURAN) ‘Permata Hati’ karya sulung Datuk Seri Shah Rezza
Nama Datuk Seri Shah Rezza memang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti trend industri fesyen tanah air kerana beliau merupakan ikon dalam penganjuran acara tersebut. Pernah dikenali sebagai seorang pelakon di era zaman 80-an menerusi filem Ali Setan, kini Datuk Seri Shah Rezza sekali lagi terjun ke dalam industri hiburan tanah air dan kali ini sebagai penulis skrip dan penerbit sebuah telemovie. Pelaburan awal sebanyak RM400,000 untuk telemovie ini bertukar menjadi pelaburan sebuah filem apabila Datuk Seri Shah Rezza membuat keputusan saat-saat akhir untuk menjadikan ia sebuah filem setelah mendapat beberapa respon positif dari pemain industri filem tanah air yang telah melihat karya asal beliau ini. Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 53, berkata, keputusan itu dibuat dalam masa 2 hari dan menyebabkan dia perlu membuat pelaburan tambahan sebanyak RM10,000 untuk mengubah format drama berkenaan dalam bentuk filem. Read more →
(HIBURAN) ASTRO FIRST EKSKLUSIF membawa aksi ngeri dan cemas menerusi QADR dan PANIK
ASTRO FIRST memulakan tahun baru dengan bertenaga apabila bakal menampilkan dua filem televisyen (FTV) definisi tinggi (HD) iaitu QADR dan PANIK. Read more →
(HIBURAN) ” BIKERS KENTAL ” kembara pemotoran yang menghiburkan
Astro Shaw Sdn. Bhd. (ASHW) telah menerbitkan sebuah filem terbaru berjudul Bikers Kental dengan kerjasama Califwork Studios Sdn. Bhd., arahan sulung seorang pengarah fotografi terkenal, Helmi Yusof. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Bront Palarae, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Amerul Affendi, Sufian Mohamed dan dua artis Thailand, Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Sempena pelancaran filem Bikers Kental, sebuah majlis Tayangan Perdana telah diadakan baru-baru ini di e@Curve Damansara. Read more →
(HIBURAN) Luluhnya Sebuah Ikrar
Drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar bakal menghiasi malam Isnin dan Selasa anda mulai 6 Mei ini. Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat. Read more →




