(HIBURAN) Filem ” OMK ” (Oh Mak Kau)

Spread the love

IMG_1093Filem OMK (Oh Mak Kau) arahan pertama sutradara muda Ain Nordin merangkap penulis skrip dan pelakon utama ini filem ini bakal menemui peminat pada 16 Mei 2013 di seluruh pawangan tanah air. Filem aksi komedi terbitan STAR SCOPE PRODUCTION SDN BHD ini menelan belanja hampir RM1.7 juta ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 23 hari dan membariskan pelakon-pelakon lama dan baru antaranya Jep dan Shuib Sepahtu, Ain Nordin , Syamsul Yusof, Didie Alias, Yassin Yahya, Abon Osbon , Wan Maimunah, Allahyarham Osman Kering serta Yan Kassim.
IMG_1062

SINOPSIS FILEM :

Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

IMG_1074

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka – Lutfan. Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que? Siapakah sebenarnya Que?

524863_420691051351477_1739523309_n

OMK finalsmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *