(HIBURAN) Kolaborasi Eksklusif MILO “Kitalah Juara” Bersama Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.

Spread the love

Ketika 20,000 rakyat Malaysia bersama-sama meyambut kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia di Dataran Merdeka pada tanggal 16 September 2022 bagi mencetuskan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO, turut sama diselitkan pada hari tersebut adalah pelancaran lagu semangat “Kitalah Juara” nyanyian Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.

Lagu hasil ciptaan Ayda Jebat, Melakaboy, Jee Yann, Rabbit Mac, Adam Sang, Catherine Yap dan Hoe Hui Ting merupakan kolaborasi di antara pengeluar minuman terkenal Milo dengan XENO Entertainment Malaysia iaitu syarikat pengurusan artis yang diketuai oleh Prashan Chitty atau lebih dikenali sebagai Melaka Boy di mana turut sama memayungi Ayda sebagai salah satu artis di bawah pengurusan mereka.

Prashan Chitty memaklumkan pihak pengurusan MILO datang untuk menawarkan satu perancangan penciptaan dan pelancaran lagu baru untuk kempen MILO dan rancangan ini menarik minat Ayda Jebat walaupun tempoh masa yang diberikan agak terhad oleh pihak MILO. Prashan Chitty dan Ayda Jebat berjaya menyiapkan lagu tersebut dalam tempoh dua hari dan turut sama mengetengahkan tiga artis lain iaitu Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan untuk melengkapkan gabungan empat penyanyi berbilang kaum yang lain sesuai dengan tema semangat bulan kebangsaan dan Hari Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *