(HIBURAN) KC GLOBAL MEDIA LANCAR KCM, SALURAN ‘FAST’ PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KERJASAMA SOOKA

Spread the love

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2024 – KC Global Media dengan bangganya mengumumkan pelancaran saluran Penstriman Televisyen Percuma dengan Sokongan Iklan (FAST) yang pertama, KCM, dengan kerjasama strategik bersama penyedia kandungan penstriman ulung negara, sooka. KCM memberi pilihan pelbagai kandungan premium kepada penonton termasuklah drama bersiri, filem pecah panggung dan pemenang anugerah serta hiburan berfakta dalam bahasa Inggeris.

Hiburan berfakta termasuklah filem dan dokumentari seperti Cristiano Ronaldo: The One and Only, Messi: The Greatest, BTS: Global Takeover, Taylor Swift Dare to Dream, Lady Gaga: Encore, Tech Billionaires: Elon Musk, Bruno Mars: Just the Way I Am, John Cena: Champion of the Ring; dan banyak lagi program kegemaran peminat. Bagi kategori drama pula, pelbagai genre ditawarkan termasuklah fantasi, pengembaraan, aksi sejarah, sains fiksyen, thriller misteri dan karya seperti 5ive Days to Midnight, Aardvark, We Have Always Lived in the Castle; dan banyak lagi.

George Chien selaku pengasas bersama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden KC Global Media optimis dan teruja dengan kerjasama ini yang melibatkan KCM dan sooka. “Pasaran saluran FAST sekarang berkembang pesat, dan pihak kami sangat teruja untuk menjalin kolaborasi dengan rakan kami, Astro, untuk memperkenalkan KCM kepada para penonton sooka di Malaysia, dengan tawaran kandungan yang menyeluruh dan membawa hiburan kepada lebih isi rumah. Kolaborasi strategik ini merupakan satu testamen komitmen dua syarikat dalam menyalurkan kandungan-kandungan yang pelbagai dan dekat di hati rakyat Malaysia. KCM akan menjadi saluran ketiga yang tersedia di sooka selain AXN dan ONE, yang kedua-duanya itu merupakan peneraju saluran hiburan umum dan Korea.”

Sementara itu, Chu Young Lee, Pengarah sooka & Njoi berkata: “Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan KC Global Media untuk melancarkan KCM di sooka. Kolaborasi ini selari dengan komitmen kami untuk menyampaikan kandungan luar biasa dan pelbagai buat semua para penonton. Dengan penyertaan KCM, kami telah mengembangkan saluran-saluran percuma kepada 20, sekali gus menawarkan hiburan menyeluruh dan berkualiti tinggi untuk semua orang.”

Buat masa sekarang, KCM tersedia secara percuma untuk semua pengguna berdaftar sooka. Para pengguna boleh mendaftar untuk sooka tanpa sebarang bayaran; bagi mereka yang menginginkan kandungan hiburan dan sukan premium, mereka boleh melanggan daripada harga RM12.90.

Untuk maklumat lanjut berhubung KCM, layari laman web www.KCGlobalMedia.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *