Empat warna baru SYM Husky 150 SE (Special Edition) iaitu Indigo Blue, White, Matt Grey dan Glossy Green bakal memberikan semangat dalam setiap perjalanan. Ditawarkan RM10,598.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), para peminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.
SYM Husky 150 disempurnakan dengan enjin 150 cc, silinder tunggal, 4-lejang dan 4-injap yang berkuasa 10.8 kW pada 8,000 rpm dan tork 14.5 Nm pada 6,000 rpm. SYM Husky 150 turut didatangkan dengan TCS yang menghalang berlakunya kegelinciran. Ciri keselamatan pada skuter ini diperkukuhkan lagi dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran memberikan keyakinan kepada penunggang ketika melakukan brek kecemasan.
SYM Husky 150 SE warna terbaharu kini boleh didapati di semua pengedar sah SYM di seluruh Malaysia. Setiap pembelian disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km.
TENTANG SYM MALAYSIA
Bermula pada tahun 2008, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengedaran motosikal SYM di Malaysia. Menggabungkan keupayaan membuat enjin prestasi yang canggih dan tinggi dengan kekuatan dalam mengintegrasikan reka bentuk dan pembangunan motosikal, SYM Malaysia telah menjadi salah satu jenama motosikal yang diterima di Malaysia. Kini motorsikal SYM telah dipasang lebih daripada tiga ratus ribu unit motosikal di pasaran tempatan. Dengan keterujaan terhadap inovasi produk, SYM menghasilkan motosikal bertaraf dunia yang menyediakan pengalaman indah dan sensasi dalam setiap perjalanan anda.
SYM secara proaktif memperluaskan pasaran motosikal di luar negara dan membangunkan rangkaian global yang lebih kukuh untuk mengukuhkan sistem R&D, pengeluaran, pemasaran dan perkhidmatan untuk menjadi salah satu jenama motosikal paling terkenal di dunia.

