Filem yang memaparkan kisah sebenar mengenai satu keluarga yang berhadapan dengan bencana Tsunami pada tahun 2004. Filem yang dilakonkan oleh pelakon Naomi Watts dan Ewan McGregor ini diarahkan oleh JA Bayona. Maria (Naomi Watts), Henry (Ewan McGregor) dan ketiga-tiga anak mereka memulakan percutian musim sejuk mereka di Thailand. Tetapi pada pagi 26 Disemberi keluarga ini telah dibawa oleh arus ombak pantai yang disebabkan oleh bencana Tsunami yang merempuh kawasan hotel penginapan mereka di Pulau Phuket. Kejadian ini menyebabkan ahli keluarga ini terpisah diantara satu sama lain. Filem yang bedasarkan kisah sebenar ini memaparkan kegigihan seorang bapa mencari isteri dan anak beliau selepas malapetaka buruk ini berlaku serta kegigihan seorang isteri dan anak lelaki beliau berikhtiar untuk menyelamatkan diri. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) “The Return Of Paramore LIVE In Kuala Lumpur”
Kepada peminat kumpulan pop rock Amerika Paramore di Malaysia, awas !!! , Mereka akan kembali !!!. “The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur” yang akan mengambil tempat pada 17 Februari 2013 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Band ini akan mengadakan persembahan tour mereka di seluruh dunia bersempena dengan album baru mereka yang akan datang. “The Return Of Paramore LIVE In Kuala Lumpur” ini dibawakan oleh TUNE TALK dengan kerjasama Blackberry dan Livescape Asia. Read more →
(HIBURAN) JUVANA kembali ke layar perak
Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri. Juvana juga berjaya mendapat pengiktirafan apabila memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011. Ekoran kejayaan dan sambutan yang sungguh luar biasa terhadap drama popular ini mendorong pihak penerbit iaitu Filmscape Sdn. Bhd dan Juita Viden Sdn. Bhd menerbitkan sebuah filem aksi dengan judul yang sama – Juvana. Read more →
(HIBURAN) Teori muzikal NERVEDELESS
NERVEDELESS adalah sebuah kumpulan kugiran yang telah bertapak selama 10 tahun di dalam industri muzik D.I.Y di Malaysia. Mereka bermula pada Oktober 2002 di Kepong, Kuala Lumpur dengan nama “Dead Bloom” pada asalnya. Teori muzikal NERVEDELESS adalah berasaskan muzik grunge yang diadun dengan riff dan bunyi gitar yang berat diselingkan dengan melodi yang melankolik. Muzik bawaan ini juga lebih dikenali sebagai “Post Grunge”. NERVEDELESS juga berpaksikan dengan pengaruh dari kumpulan kugiran grunge antarabangsa seperti Silverchair, Alice In Chains, Nirvana, Local H dan banyak lagi. Read more →
(HIBURAN) ASMIDAR Dekat Di Hati bersama Ibu-ibu Tunggal TV9
Pada tanggal 4 Januari yang lalu, Asmidar telah membuat persembahan di sebuah majlis anjuran TV9, Dekat Di Hati bersama Ibu-ibu Tunggal. Majlis ini bertempat di Hotel Granada, Nusajaya, Johor Bahru 🙂





