UNIC adalah merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air, Malaysia. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada Mei 2002 yang dianggotai oleh 3 orang anak muda yang berbakat. Fenomena yang dibawa oleh UNIC menjadikan mereka antara kumpulan nasyid yang tersohor di Malaysia dan juga di negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura. UNIC diambil dari perkataan “You and I See” dan gabungan perkataan UNIK yang di olah secara kreatif menjadi UNIC. Read more →
Tag: BARU
(HIBURAN) JANJI buah tangan terbaru Kumpulan HIJJAZ
Setelah hampir 3 tahun kumpulan nasyid terkenal HIJJAZ tidak mengeluarkan album penuh, akhirnya pada tanggal 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H sehari sebelum umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadat puasa, maka lahirlah album terbaru dari kumpulan ini untuk para peminat mereka yang sekian lama menunggu. Album JANJI yang berkonsep pop-rock ini memuatkan 9 buah lagu baru turut memuatkan lagu lama yang diberikan suntikan baru yang lebih segar dan bertenaga. Antara lagu yang dimuatkan di dalam album JANJI ini antaranya ialah Kau Pemilik Cinta, Janji Khalifah, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Harapan Ummah, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah. Read more →
(SEMASA) Izara Aishah wajah baru InnerShine
Keberkesanan InnerShine® Pati Prun untuk menjaga kecantikan kini dipertingkatkan lagi dengan zat dan ramuan detoksifikasi tambahan melalui formula barunya yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon yang digelar buah berkualiti tinggi (superfruit) kerana kehebatannya. Tiga ramuan utamanya, Camu Camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi Vitamin C semula jadi yang optimum untuk menyihatkan badan serta menyerikan kulit dengan meningkatkan kelancaran penghadaman dan proses detoksifikasi. Inovasi ini menjadikan InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu minuman kecantikan yang lebih baik untuk anda. Read more →