Warner Music Malaysia ingin memperkenalkan satu siri album bajet iaitu album-album ‘Siri Mampu Miliki’ keluaran Warner Music Malaysia sendiri. Album bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini merupakan album-album kompilasi segar di mana Warner Music mengeluarkan kembali album kompilasi dengan 14 buah lagu-lagu terbaik untuk setiap album. Bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini berlangsung sejak bulan Mei 2014 sehingga awal tahun 2015. Hampir 40 buah album akan dikeluarkan dalam jangka masa 10 bulan, di mana setiap bulan akan menerbitkan 4 buah album ‘Siri Mampu Miliki’ ini. Dengan harga serendah RM14.90, album kompilasi ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang dambakan lagu-lagu evergreen dari artis kesayangan mereka. Read more →