Tag: sebuah drama baru bagi slot

(HIBURAN) ” Kerana Lelaki Itu ” drama baru bagi slot Ratu di TV9

Kerana Lelaki Itu3cropsmall

Kerana Lelaki Itu, sebuah drama baru bagi slot Ratu akan menggantikan drama Dalam Setiap Sujud yang berakhir pada 25 Februari ini.  Drama Kerana Lelaki Itu penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana. Read more →