Makan sahur dan berbuka puasa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan merupakan nikmat bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa. Keakraban seisi keluarga dan antara rakan tidak kira usia dan darjat dimantapkan lagi apabila dapat bersama-sama menikmati minuman dan santapan dengan penuh bermakna sepanjang bulan suci ini.
Tahun ini Coca-Cola akan memeriahkan lagi hubungan persaudaraan dengan memperkenalkan tin dan botol Coca-Cola yang dicetak dengan ucapan, kata-kata mesra dan gelaran orang tersayang di atasnya.
Lapan reka bentuk edisi terhad dengan cetakan ucapan “Selamat Berbuka Puasa”, “Maaf Zahir dan Batin”, “Salam Ramadhan”, “Syukuri Nikmat”, “Selamat Hari Raya Aidilfitri”, “Eid Mubarak”, Terima Kasih” dan “Kekalkan Persaudaraan” disediakan.
Dengan pembelian Coca-Cola 1.5L PET, anda dapat memilih daripada 24 nama panggilan orang tersayang seperti “Mak”, “Ayah”, “Atuk”, “Nenek”, “Kakak”, “Abang”, “Adik”, “Pakcik”, “Makcik”, “”Pak Long”, “Mak Long”, “Pak Su”, “Mak Su”, “Member”, “Jiran” dan “Bro”.
Untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim, anda boleh membuat nukilan tersendiri pada tin Coca-Cola apabila mengunjungi roadshow atau jerayawara Coca-Cola di seluruh Malaysia dan membeli 4 botol 1.5L PET Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W, Heaven and Earth atau Minute Maid Pulpy (bersama-sama sekurangnya sebotol Coca-Cola).
Jerayawara Coca-Cola akan diadakan selama sembilan minggu bermula 6 Jun di 44 pasar raya besar yang terpilih termasuk Giant, Tesco, Mydin, AEON dan AEON BiG di sekitar Lembah Klang dan juga di bahagian Utara, Selatan dan Pantai Timur Malaysia Barat, dan juga Malaysia Timur.
“Dewasa ini ramai suka berhubung melalui media sosial dan telefon pintar. Kami ingin mencipta peluang untuk mereka bertemu secara lebih intim dan bermakna pada musim Raya dan sepanjang Ramadhan. Inisiatif Coca-Cola ini pemangkin terbaik untuk memeriahkan pertemuan dengan saudara mara dan kawan-kawan kerana mesej yang disampaikan di atas tin Coca-Cola akan diabadikan dalam memori selama-lamanya,” kata Yvette Lim, Pengurus Pemasaran Berintegrasi dan Komunikasi, Coca-Cola Malaysia.
Para peminat Elfira Roy, Fizo Omar, Dayang Nurfaizah dan Black pasti terhibur apabila mengikuti iklan TV Coca-Cola dan kolaborasi muzik video Coca-Cola bersama Media Prima yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa nanti.
Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapat tin Coca-Cola dengan nukilan tersendiri dan jerayawara Coca-Cola, layarilah facebook.com/cocacolamy