(SEMASA) GIANT BERI GANJARAN PROTON EXORA BUAT PELANGGAN BERTUAH

Spread the love

Grand Prize winner 29 y.o. Siti Munira Ismail (front R) & her family w her Proton Exora 1.6 Standard (AT)

Lebih 30 orang pelanggan bertuah dan keluarga mereka telah beroleh ganjaran hebat hanya dengan membeli-belah tanpa tunai apabila Giant, peneraju rangkaian runcit terbesar di Malaysia, yang telah menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM100,000 termasuk sebuah Proton Exora 1.6 standard, menerusi peraduan “Giant-Visa Riang Raya”.David Horton & Ng Kong Boon (7th&11th fr L) w winners of Giant-Visa Riang Raya Contest

Peraduan “Giant-Visa Riang Raya” adalah satu usaha GCH Retail dalam menggalakkan para pelanggan, terutamanya yang berbelanja di Giant, untuk membuat pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar Visa mereka. Kempen itu juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pasar raya besar tersebut dalam menyokong usaha Kerajaan dalam menjadikan transaksi tanpa tunai satu cara hidup di Malaysia.

Berucap di majlis penyampaian hadiah, David Horton, Pengarah Pemasaran dan Perdagangan Makanan, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd berkata, “Respon memberangsangkan yang sentiasa kami terima jelas menunjukkan transaksi tanpa tunai semakin diterima pakai di Malaysia. Sebagai peruncit dengan jaringan pasar raya yang luas di seluruh Negara, kami bangga menjadi pemangkin ke arah kemajuan Malaysia, bekerjasama dengan Visa dalam menyediakan cara membeli-belah yang mudah dan selamat untuk para pelanggan.

Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia berkata, “Pembayaran secara elektronik semakin menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, sama ada ketika membeli-belah barangan runcit, makan di luar atau untuk hiburan. Kempen ini menggalakkan para pemegang kad untuk membuat bayaran menggunakan kad mereka berbanding tunai. Ini akan membantu meningkatkan aktivti pembayaran tanpa tunai, sejajar dengan objektif kerajaan untuk meningkatkan Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai. Giant telah menjadi rakan kerjasama utama kami dalam
memperkenalkan pembayaran tanpa tunai kepada para pelanggan. Kami akan terus memastikan perkembangan saluran penerimaan untuk pembayaran digital disamping menggalakkan transaksi tanpa tunai di kalangan pengguna di Malaysia.

Peraduan yang telah bermula pada 18 Jun sehingga 12 Ogos 2015 itu menerima lebih 100,000 penyertaan. Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM80 dalam satu resit menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar Visa mereka di mana-mana pasar raya Giant layak untuk menyertai peraduan.

Selain daripada melenyapkan risiko dan kos yang timbul daripada pengendalian tunai, transaksi kad debit, kredit dan prabayar memberikan lebih pilihan membeli-belah yang lebih selamat dan mudah kepada pengguna untuk membayar ketika membeli-belah.

Berikut adalah pemenang-pemenang peraduan:

 Siti Munira Ismail telah memandu pulang Hadiah Utama berupa sebuah Proton Exora 1.6
Standard (AT), bernilai RM58,772;

 Zafry bin Haji Zinnon, Lee Kim Seng, Daryl Theon Nonis, Krishnan A/L P. Muthukan dan
Mohd Firdaus Othman telah memenangi hadiah pertama berupa sebuah Samsung Galaxy
Note Edge setiap seorang bernilai RM3,179;

 Salmah Abu Bakar, Clement Yap Chun Leong, Loi Yee Yah, Rodziah binti Abdul Khassim
dan Rozana binti Ismail telah memenangi hadiah kedua berupa sebuah iPhone 6 16GB
setiap seorang bernilai RM2,702.

Dua puluh orang pemenang lain telah menerima hadiah saguhati berupa baucar Giant bernilai
RM500 setiap seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.giant.com.my atau ikuti @GiantMalaysia di Facebook.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *