(SEMASA) Hadiah Bantu Wujudkan Dunia Selamat Bagi Kanak-kanak: Rakuten Buka Kedai “UNICEF Inspired Gifts” Pertama di Asia Tenggara

Spread the love

UNICEF First Inspired Gifts Store_2

 

Kuala Lumpur, 9 Disember 2015:  Mulai hari ini, rakyat Malaysia boleh menyelamat atau mengubah kehidupan ribuan kanak-kanak yang serba kekurangan dengan hanya menekan butang tetikus, hasil jalinan kerjasama baru antara UNICEF Malaysia dan syarikat perkhidmatan internet, Rakuten.

UNICEF First Inspired Gifts Store_3

Menerusi kerjasama ini, UNICEF “Inspired Gifts” boleh didapati menerusi pusat jualan dalam talian Rakuten. Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk membeli barangan sebenar yang mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak di kalangan komuniti terpinggir dan lemah di seluruh dunia. Barangan yang dibeli itu akan dihantar terus kepada kanak-kanak yang memerlukannya di lebih 190 negara atau wilayah di mana UNICEF berkhidmat.

“Inspired Gifts” terdiri daripada pelbagai barangan keperluan yang mampu menambah baik kehidupan termasuk vaksinasi rutin dan bekalan kecemasan. Barangan ini juga digunakan secara meluas dalam program-program UNICEF. Rakyat Malaysia boleh memilih, membeli dan menghantar barangan ini sebagai hadiah sumbangan atas nama sendiri atau mewakili orang lain. Tidak kira siapa penerimanya dan apa jua acarannya, “Inspired Gifts” merupakan suatu pilihan wajar, beretika dan bebas daripada pembaziran.

“Rakuten berkongsi komitmen UNICEF untuk menambah baik kehidupan dan kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia. Program inovatif “Inspired Gifts” ini adalah kaedah terbaik bagi rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan, terutama semasa musim pemberian hadiah perayaan,’’ kata Masaya Ueno, Pengarah, Rakuten Asia.

Ueno menambah, “Kaji selidik Rakuten baru-baru ini mendapati sebanyak 79% rakyat Malaysia sanggup menderma hadiah Krismas kepada golongan tidak bernasib baik. Sementara itu, 38% menyatakan kemudahan dan kesenangan, terutamanya secara dalam talian, sebagai faktor pendorong. Kami gembira dapat menyediakan platform dalam talian yang memudahkan orang ramai untuk membeli dan menderma “Inspired Gifts”.”

UNICEF First Inspired Gifts Store_1

Antara pilihaan UNICEF “Inspired Gifts” ialah:

  • Kit Imunisasi: Mengandungi kotak vaksin dan 20 dos vaksin Tetanus Toxoid (TT) bagi melindungi ibu dan bayi daripada penyakit tetanus (RM 98.00)
  • Sekolah Dalam Kotak: Digunakan dalam pelbagai operasi kembali ke sekolah di seluruh dunia, kit keperluan ini merupakan sebahagian daripada piawaian pelaksanaan respons kecemasan UNICEF. Kit ini mengandungi bekalan dan bahan-bahan untuk guru dan pelajar sehingga 40 orang, termasuk buku nota, bahan ajar, peralatan menulis dan sebagainya. Tujuan kit ini adalah untuk membantu kanak-kanak meneruskan pembelajaran bagi tempoh 72 jam pertama sewaktu bencana (RM 905.00)

  • Kit Pembangunan Awal Kanak-kanak: Kit ini mengandungi mainan, bahan seni dan silang kata bagi mewujudkan pembelajaran dan persekitaran permainan yang selamat bagi kanak-kanak berusia sehingga enam tahun. Setiap 37 barang di dalamnya dipilih dengan teliti bagi membantu pembangunan kemahiran berfikir, bercakap, bercerita, merasa dan berinteraksi dengan orang lain. Kontena sabun dan air juga disalurkan bagi membantu memastikan pusat rekreasi yang bersih dan sihat (RM 967.00)

Bow Bow Choon, Ketua Penjanaan Dana Individu di UNICEF Malaysia berkata, “Kami amat berbangga terhadap kepercayaan dan komitmen yang telah dibina UNICEF bersama rakyat Malaysia sejak lebih 61 tahun lalu. Rakyat Malaysia telah membuktikan keprihatinan dan kebesaran hati dengan menyokong kerja kami bagi kanak-kanak di sini, serta tugas UNICEF bagi kanak-kanak di seluruh dunia. Sokongan berterusan turut diberikan, terutama semasa bencana Haiya di Filipina pada 2013, dan gempa bumi yang melanda Nepal tahun ini.”

““Inspired Gifts” yang dibeli menerusi kedai dalam talian Rakuten akan memberi perbezaan segera kepada kehidupan kanak-kanak yang berada dalam situasi tidak menentu. Kerjasama kami dengan Rakuten akan memberi kesan langsung dan menambah baik kehidupan ribuan kanak-kanak di seluruh dunia, dan kami mengucapkan terima kasih kepada Rakuten atas dorongannya untuk membantu kanak-kanak yang serba kekurangan,’’ tambah Cik Choon.

Mulai Disember 2015, pilihan meluas “Inspired Gifts” boleh didapati di Rakuten Malaysia. Orang ramai boleh menyemak katalog dan memilih hadiah yang mampu menyelamatkan nyawa dan membantu kanak-kanak dalam keperluan. Bagi mereka yang memberi “Inspired Gifts” bagi pihak orang lain, mereka boleh menghantar kad hadiah Patung Kertas UNICEF khas kepada sahabat atau orang tersayang dan menyatakan “Inspired Gifts” itu diberi atas nama mereka. Hadiah-hadiah itu boleh diperolehi di laman http://www.rakuten.com.my/shop/unicef. Bagi setiap “Inspired Gifts” yang dibeli, Rakuten akan memberi 5% rebat dalam bentuk “Rakuten Super Points” kembali kepada pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang UNICEF “Inspired Gifts”, sila kunjungi  https://youtu.be/5pJfZcdvG7c.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *