(SEMASA) Pemain Badminton Nombor 1 Negara, Dato’ Lee Chong Wei dilantik sebagai duta jenama XOX MOBILE

Spread the love

Pix_002_1_2_2_1

XOX Mobile, pengendali talian telefon yang semakin berkembang telah menamakan pemain badminton nombor 1 Malaysia, Dato’ Lee Chong Wei sebagai duta jenamanya.

XOX Mobile telah mempamerkan prestasi yang baik apabila mencatat keuntungan bagi tempoh empat suku yang lepas, dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 1.17 juta bagi jumlah perolehan sebanyak RM90.95 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015.

Dengan kemunculan pelan pasca bayar yang baru sahaja dilancarkan, pengguna XOX Mobile kini mencapai 920, 000 orang.

Pemilihan legenda badminton Negara ini dilihat mampu menjadi satu kuasa penjenamaan dan meletakkan XOX Mobile pada profil yang lebih tinggi, dan memungkinkan untuk syarikat ini memperoleh lebih ramai pengguna.

Pemilihan Dato’ Lee Chong Wei bertepatan dengan prestasi serta kebangkitan yang ditunjukkan oleh bekas pemain nombor 1 dunia ini. Memenangi pingat perak sebanyak dua kali pada kejohanan Olimpik, beliau baru sahaja menjuarai Malaysia Masters Grand Prix Gold, minggu lalu dan berkemungkinan akan mewakili Negara pada kejohanan Olimpik 2016 di Brazil, Ogos ini.

XOX Mobile telah memperuntukkan RM 30 juta bagi strategi pemasaran serta promosi untuk tahun 2016 dan dijangka dengan majlis menandatangani Dato’ Lee Chong Wei sebagai duta selama dua tahun, jenama ini akan lebih menonjol dan menjadi perhatian dalam kalangan penduduk Malaysia.

Menurut CEO Kumpulan XOX Mobile, Encik Ng Kok Heng, persamaan antara XOX Mobile dan Dato’ Lee Chong Wei menjadikan perkongsian ini sangat jitu.

“Dato’ Lee bukanlah dari keluarga yang senang. Beliau juga tidak mempunyai latar belakang keluarga yang terlibat dalam sukan badminton, namun semangatnya untuk menjadi juara telah meletakkan beliau pada mata dunia. Komitmennya untuk terus berlatih dan menjadi lebih baik telah meletakkan beliau dalam senarai Top 10 di peringkat dunia sepanjang kariernya.”

“Tidak seperti Dato’ Lee Chong Wei, kami belum lagi menjadi juara. Namun, kami sedang berusaha ke arah itu walaupun ia tidak mudah memandangkan persaingan yang sengit didalam industri ini. Kami sedang melakukan inovasi, menjalankan eksperimen untuk pelan, servis serta rakan kongsi baharu. Kami sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri terhadap pengguna yang mementingkan nilai serta yang mencari tawaran yang hebat. Itu adalah sebab mengapa XOX Mobile dan Dato’ Lee Chong Wei sangat serasi,” jelas Encik Ng.

Dato’ Lee Chong Wei berkata beliau amat berbesar hati dipilih sebagai duta XOX Mobile. Beliau telah menggunakan perkhidmatan XOX Mobile selama dua tahun dan juga pernah bekerjasama dengan mereka sebagai sebahagian daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkenaan kerjasama dengan mana-mana jenama kerana saya perlu mencubanya sendiri dan pastikan ia berkesan. Dalam kes XOX Mobile, saya dan keluarga adalah pengguna pra bayar serta pasca bayar syarikat ini. Setakat ini liputan, data, perkhidmatan pelanggan mahu pun sistem pembayaran bil adalah amat memuaskan. Oleh itu, saya mengesyorkan XOX Mobile berdasarkan pengalaman peribadi saya”, kata Dato’ Lee.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan Dato’ Lee dari segi penjenamaan dan aktiviti-aktiviti lain yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami. XOX Mobile bermatlamat untuk menjadi lebih baik, sama seperti apa yang ditunjukkan Dato’ Lee sebagai seorang juara dunia. Nantikan kami pada tahun 2016 ini”, kata En. Ng mengakhiri ucapannya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *