Membersih wajah bukan sahaja dengan membilas air semata mata dan mengeringkannya dengan tuala; adalah penting untuk membersihkan wajah menggunakan pembersih yang dirumus khas buat kulit muka. Penggunaan sabun buku tidak digalakkan disebabkan teksturnya yang kasar. Memilih pembersih yang sesuai adalah penting bagi memastikan kulit wajah sentiasa sihat memandangkan permukaan muka lebih lembut dan sensitif berbanding bahagian tubuh badan yang lain.
Penjagaan wajah seawal peringkat remaja amat penting kerana perubahan hormon yang berlaku akan meningkatkan penghasilan minyak pada kulit wajah. Pori akan mudah tersumbat dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul serta kulit kelihatan kasar.
EVERSOFT, sebuah jenama penjagaan wajah yang telah berkembang selama 30 tahun amat memahami keperluan wanita Asia, seawal usia yang muda. Tahun ini, EVERSOFT mengambil inisiatif untuk menganjurkan kempen bagi mendidik para remaja untuk mendapatkan kulit yang sihat. EVERSOFT akan mempunyai 2 pasukan “koc penjagaan wajah” berdedikasi yang akan melawat kesekolah- sekolah menengah di seluruh negara bagi menggalakkan remaja untuk mengamalkan rejimen penjagaan kulit yang sihat.
Kempen ini disasarkan kepada mereka yang berusia di antara 13 dan 14 tahun. Ia turut menyentuh kepada asas pembersihan wajah melalui demonstrasi dan juga pantang larang penjagaan wajah.
Kempen yang berlangsung sepanjang 3 bulan ini akan bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ12, sebuah sekolah kluster dengan 1687 orang pelajar. Kempen ini akan dimulakan dengan penerangan tentang struktur kulit manusia. Ia akan diikuti oleh penjelasan menyeluruh tentang akil baligh, peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh setiap remaja dan bagaimana untuk menguruskannya.
Para pelajar juga akan diajar dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis kulit menggunakan kertas serap minyak – kulit normal, kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi. Selain memahami akan jenis-jenis kulit, para pelajar juga dapat mempelajari faktor-faktor yang boleh menyebabkan kulit menjadi berminyak dan berbintik hitam.
Di akhir aktiviti, para pelajar akan diajar bagaimana untuk membersihkan wajah menggunakan rangkaian pembersih wajah EVERSOFT. Sebuah rangkaian pembersih wajah dengan “100% Tumbuhan Organik Aktif” berasaskan formulasi Jepun, EVERSOFT adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Barisan pembersih kulit dan skrub muka EVERSOFT adalah lembut pada kulit dan mampu membersihkan kotoran secara mendalam di samping mengekalkan keseimbangan semula jadi pada setiap cucian.
EVERSOFT terdapat dalam 5 varian dan mengandungi formulasi paling efektif dari Jepun dengan bahan-bahan makanan dan ekstrak organik seperti: avocado, ginko, yuzu, aprikot, bunga camellia, mulberi, minyak dedak padi dan Asid Hialuronik untuk pelbagai jenis kulit. Pembersih wajah EVERSOFT kini terdapat di semua pasaraya, pasar hyper dan farmasi di seluruh Negara dan dijual pada harga RM 11.75 untuk120G dan RM 17.80 untuk 195G.
RangkaianProduk
EVERSOFT™ Pencuci Wajah
- Avokado & Minyak Dedak Padi (Rice Bran Oil) Organik – Menyuburkankulit
- Ginkgo &Yuzu Organik – Kawalan Minyak & Jerawat
- Bunga Camellia & Mulberi Organik – Pemutihan Ekstra & Kulit Berseri
- Benih Jejai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik – Penghidratan Ekstra & Kulit Anjal
EVERSOFT™ Pembersih Serum
- Mulberi Organik & Asid Hialuronik – MemutihdanMelembap
EVERSOFT™ Pembersih Skrub
- Aprikot & Mulberi Organik – MermbersihkanBintik Hitam