(SEMASA) Sepetang Bersama Datuk Dr Faiz Najmil Mohamed Aris

Spread the love

Selepas berlangsungnya, pelancaran PELAN TRANSFORMASI WADIRA PERKASA WANITA LUAR BANDAR FELCRA (WADIRA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur tempoh hari, penulis berkesempatan untuk menemubual  seorang pemimpin muda yang berwibawa iaitu Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang merupakan Ketua Pegarah Seranta FELCRA Berhad.

Mengenali pemimpin muda yang bertutur cara lembut ini, mencetuskan rasa ingin tahu penulis tentang sedikit sebanyak perihal yang berkaitan dengan Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

CONTOH INTELEK MUDA

Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, Najmil, 36, yang memiliki  ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan di University Metropolitan, Leeds, berjaya membuka mata industri United Kingdom (UK) terhadap kebolehan rakyat Malaysia menerusi inovasi yang dihasilkannya.

Beliau menjadi pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan membentangkan kajiannya kepada anggota Parlimen United Kingdom di London pada 14 Mac 2005.

Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan “Nano” dan “Micro-Machine Process”.

Hasil daripada pembentangan yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain Brian Edden ketikamenawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajiannya di House Of Common, Westminster di London itu.

Berasal dari Ipoh, Najmil mula melanjutkan pelajaran ke UK pada tahun 2000 bagi pengajian sarjana muda dalam kejuruteraan sebelum menyambung ke peringkat kedoktoran.

Sebagai salah seorang daripada segelintir rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, Ketua Pengarah, Seranta Felra Berhad itu telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga setanding dengan pelajar-pelajar dari negara lain, malahan dalam sesetengah kes kita lebih hebat daripada mereka.

Kajiannya yang memenangi anugerah “The Best Research of Good Prospect” itu berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan.

Pengurangan geseran itu membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan.

Penggunaan teknologi yang dihasil menerusi kajian itu membolehkan sektor perkilangan dan pembuatan di seluruh dunia menjimatkan kos berbilion ringgit.

Sementara itu, Najmil Faiz juga adalah  Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

APA ITU PELAN TRANSFORMASI WADIRA PERKASA WANITA LUAR BANDAR FELCRA (WADIRA) ?

FELCRA Berhad  melancarkan Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) bagi memantapkan pengurusan Institusi tersebut menjalang tahun 2022. Pelan Transformasi WADIRA FELCRA 2018-2022 menggariskan 10 Pelan Transformasi Utama yang mengandungi 20 teras pelaksanaan yang meliputi aspek-aspek seperti Pengurusan. Kesihatan. Pendidikan Kanak-Kanak. Keusahawanan, Keahlian. Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pembangunan Modal lnsan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM830,000.00 dl peruntukkan oleh FELCRA Berhad di mana setiap WADIRA yang tarlibat akan menan’ma peruntukan sebanyak RM10.000 bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi. Peruntukan ini akan di gunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio ekonomi yang di jangka dapat di manfaatkan oleh 17,562 ahli WADIRA dari 83 unit Perkumpulan Wadira di seluruh negara.

HARAPAN DAN HALA TUJU PELAN TRANSFORMASI WADIRA PERKASA WANITA LUAR BANDAR FELCRA (WADIRA)

Berbicara mengenai hala tuju dan harapan Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) ini, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berharap WADIRA akan lebih dikenali dimata masyarakat dan lebih mantap sebagai pengerak dan penjana ekonomi diperingkat luar bandar hingga ke bandar mahupun seluruh Malaysia dan Antarabanbangsa.

Dengan pelan transformasi ini,  Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris  ahli-ahli WADIRA ahli ahli akan lebih jelas dengan hala  tuju kepimpinan felcra, kepimpinan negara dan lebih tahu tentang isu isu semasa dan tidak mudah menerima cerita atau berita yang tidak jelas dan berunsur negatif.

WADIRA khususnya kumpulan wanita ini menjadi fokus kerana ia menjadi tulang belakang atau tunjang kepada keluarga, komuniti setempat dan perniagaan serta ekonomi.  Dan mereka inilah yang menghidupkan suasana di kawasan mereka dan mempunyai kesatuan yang cukup erat dan komited dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak FELCRA  terutama di luar bandar merangkumi kesemua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

WARDIRA yang telah bermula semenjak tahun 1979 di FELCRA Berhad Seberang Perak, mempunyai 83 cawangan di seluruh negara dengan keahlian seramai 17,562 orang. Antara objektif WADIRA ialah mewujudkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik serta boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga . Dengan keahlian yang besar ini, pihak FELCRA berharap ia dapat mencipta perubahan, sekali gus pendekatan baharu untuk meneruskan legasi dibina bagi pembangunan wanita FELCRA di negara ini serta kesedaran kepada ahli dalam komuniti FELCRA lain untuk mendepani perubahan dan pembangunan negara masa kini selaras dengan inspirasi kepimpinan negara.

Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris   juga menjelaskan, FELCRA dan WADIRA juga akan berkerjasama dengan pihak PERMATA NEGARA di bawah kepimpinan  isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor  dalam usaha penubuhan  Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau taska PERMATA NEGARA di setiap pejabat FELCRA seluruh negara. Penubuhan taska di tempat kerja akan mengoptimumkan produktiviti mereka ekoran kestabilan emosi apabila mereka tahu anak dalam keadaan stabil.

“Dalam hal ini PERMATA bersedia memberi kerjasama kepada FELCRA dan WADIRA,” tambah beliau lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *