Wahai peminat muzik “rock dan grunge” seluruh Malaysia! Seruan ini adalah untuk anda! Jika anda adalah seorang peminat muzik rock dan grunge pada lewat 90-an dan awal 2000 dahulu, semestinya Butterfingers bukan nama yang asing buat anda. Barangkali anda pernah memainkan lagu-lagu hit mereka seperti The Chemistry (Between Us), Faculties of The Mind, Epitome, Meltdown dan pelbagai lagi dari album tersohor mereka – Transcendence yang berjaya meletakkan Butterfingers di tempat ketiga dalam carta RIM International dengan penjualan melebihi 60,000 unit.
Pada Mac 1999, sejarah tercipta apabila Butterfingers melancarkan album Transcendence iaitu album ketiga mereka , sekaligus membolosi arus perdana ketika itu dan melonjakkan kredibiliti Butterfingers ke peringkat yang agak tinggi, dan pada kali ini, sejarah pasti terpahat sekali lagi.
Buat para peminat Butterfingers, nama seperi Emmett (vokal), Kadax (bass), Loko (dram) dan LoQue (vokal/gitar/keyboard) bukanlah asing lagi. Mereka merupakan ahli- ahli asal Butterfingers sejak ditubuhkan. Menariknya pada kali ini, mereka berempat akan kembali untuk beraksi di atas pentas bersama-sama pada 2 November 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam sejak persembahan terakhir mereka yang “terpotong sekerat jalan” pada tahun 2016 dan kini mereka berempat kembali untuk meraikan sambutan ke-20 tahun album Transcendence iaitu antara hasil karya terbaik mereka sepanjang kembara seni mereka sejak 1996.
Pertemuan ini pastinya akan menggamit memori dan menghidupkan kembali kegemilangan muzik rock dan grunge buat para peminat dan pendukung juga secara tidak langsung, memperkenalkan genre ini buat mereka yang masih belum mengenali.
Konsert Transcendence 20 Tahun ( 20th Year Anniversary) ini akan dikuasakan bersama Festival Selangor Youth Republic 2019 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Penerbitan Pancasona .
“Idea ini telah lama diperap dan sekarang merupakan masa terbaik untuk menjayakannya. Jika diingat kembali ketika persembahan kami di Festival Rockaway pada tahun 2016, di mana persembahan kami disekat oleh pihak polis dan sekaligus menimbulkan kemarahan serta kekecewaan para peminat yang menantikan kami. Maka persembahan kali ini adalah untuk menebus semula hutang tersebut dengan memainkan hanya lagu-lagu grunge kami sekurang- kurangnya 2 jam tanpa sebarang gangguan seolah-olah anda berada semula di zaman lewat 90-an. Buat peminat- peminat “susah mati” Butterfingers di luar sana, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang seumur hidup ini,” komen LoQue apabila ditanya mengenai usaha merealisasikan konsert ini.
Apabila ditanya mengapa Stadium Malawati menjadi pilihan bagi peristiwa bersejarah ini – LoQue berkongsi, “20 tahun yang lampau , ketika Butterfingers membuat persembahan “The Last War” di Stadium Malawati, sebelum lagu The Faculties of The Mind dimainkan, Emmett berkata I hate the lights, I don’t want to be a star. Oleh itu, saya merasakan Stadium Malawati merupakan tempat yang mempunyai nostalgianya yang tersendiri dan saya mahukan momen sedemikian untuk dihidupkan kembali, seperti sebuah “re-enactment” yang gilang – gemilang!
Kadax pula berkata, “berita baik utk semua peminat Butterfingers yang selalu menanyakan khabar tentang konsert akan datang “bila next show”?, “Tak ada reunion ke”? Mereka yang sukakan kerancakan lagu The Chemistry (Between Us) atau petikan gitar dari lagi The Faculties of The Mind, inilah konsert yandg ditunggu-tunggu!” dan Loko sempat mecelah, “Ayuh!!! Datanglah
Mind, inilah konsert yandg ditunggu-tunggu!” dan Loko sempat mecelah, “Ayuh!!! Datanglah beramai-ramai! Kata nak konsert , ini kami dah bersiap sedia !!”.
Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk persembahan yang bakal menukar hidup anda ini! Tiket akan dijual bermula dengan harga RM150 ( tidak termasuk caj- caj lain) dan akan diumumkan secepat mungkin akan hal perihal pembelian tiket untuk konsert Transcendence 20 Tahun ini . Buat masa sekarang , sila ke FACEBOOK PAGE- Butterfingers / dan juga Instagram Rasmi Butterfingers – Butterfingers.my untuk maklumat seterusnya !