(HIBURAN) BERSEDIA UNTUK GELAK KETAWA SEISI KELUARGA MUSIM RAYA INI DENGAN FILEM TIGA JANDA MELAWAN DUNIA

Spread the love

PETALING JAYA, 31 Mac – Majlis sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia telah berlangsung di GSC 1 Utama, Petaling Jaya. Di majlis tersebut pihak penerbit telah mempertontonkan kepada pihak media teaser trailer dan teaser poster serta dua lagu tema filem ini. Turut hadir adalah barisan pelakon filem iaitu Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood serta pengarah filem Hyrul Anuar. Naskah Tiga Janda Melawan Dunia dihasilkan dengan kerjasama lima syarikat gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Filem ini mengisahkan tentang tiga orang janda yang tinggal di kampung yang perlu mencari duit untuk pergi ke konsert terakhir artis idola mereka. Oleh kerana tiket konsert terlalu mahal dan ekslusif mereka perlu melakukan pelbagai usaha yang melucukan bagi merealisasikan impian mereka.
Apa yang menarik tentang filem ini adalah pengarahnya Hyrul Anuar merupakan pengarah iklan yang telah memenangi anugerah antarabangsa di Adfest Asia Pacific Advertising Festival dan ini merupakan filem pertama arahannya. Idea asal filem ini dihasilkan oleh beliau dengan mengambil inspirasi daripada keluarganya di kampung.
Salah sebuah syarikat penerbitan filem Tiga Janda Melawan Dunia adalah Directors Think Tank iaitu sebuah agensi pengiklanan yang telah memenangi anugerah “Syarikat Penerbitan Terbaik Asia Pasifik” di anugerah pengiklanan The Work untuk dua tahun berturut-turut. Filem terakhir yang mereka terbitkan Pusaka, telah mendapat sambutan yang baik. Penaja utama filem Tiga Janda Melawan Dunia adalah Nescafe dan Hotlink manakala filem ini diedarkan oleh GSC Movies.

Tiga Janda Melawan Dunia bakal menghiburkan penonton di seluruh negara bermula 19 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman sosial kami di : www.gscmovies.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *