Shah Alam, 12 Apr 2023 – Bagi rakyat Malaysia, rendang adalah hidangan wajib semasa bulan Ramadan dan ketika sambutan Hari Raya. Sungguhpun demikian, tekanan inflasi global telah memberi kesan terhadap harga setiap hidangan klasik. Satu lagi sebab kenaikan harga itu adalah kerana rendang tradisional melibatkan kemahiran dan masa yang lama untuk dimasak, khasnya ketika menyediakan campuran rempah dan kerisik. Apabila ramuan telah tersedia di atas dapur, proses memasak adalah lama dan perlu sentiasa di kacau sehingga pekat.
Jangan risau. Anda juga boleh menyediakan rendang tradisional seperti yang dimasak oleh nenek di kampung, malah pada tempoh yang lebih pendek dengan Pek Permulaan Rendang Raya Ayam Brand™. Dijamin sedap kerana hanya perlu tambahkan protein pilihan anda sambil menjimatkan wang.
Pek Permulaan Rendang Raya Ayam Brand™ terdiri daripada Pes Rendang Ayam Brand™, Kerisik Kelapa Ayam Brand™ dan Santan Kelapa Ayam Brand™ yang sebaik ramuan segar. Segalanya lengkap. Anda hanya perlukan ayam, daging, makanan laut atau daging berasaskan tumbuhan untuk menyediakan rendang asli yang lazat di rumah.
Sediakan hidangan rendang anda hanya 3 langkah:
Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan Pes Rendang Ayam Brand™ dan tumis sehingga nak bau. Langkah 2: Tambahkan 500g ayam/daging/makanan laut dan kacau sehingga ia separa masak sebelum dimasukkan 120ml Santan Kelapa Ayam Brand™. Kacau sehingga rata dan sehingga daging dimasak sempurna. Langkah 3: Tambahkan satu pek Kerisik Kelapa Ayam Brand™ 40g untuk memekatkan dan menambah tekstur hidangan. Kacau sehingga ayam/daging/makanan laut sebati dengan kerisik yang telah digaringkan. Pastikan anda mengacau sekali-sekala sehingga naik minyak. Inilah satu petanda rendang anda telah masak.
Proses penyediaan mengambil masa 30 minit atau kurang jika menggunakan makanan laut. Anda boleh berhenti pada Langkah 3 atau terus memasak untuk rendang yang lebih pekat dan kering. Hidangan ini sesuai dinikmati bersama nasi panas.
Pes Rendang Ayam Brand™ adalah satu penyelesaian mudah yang tidak memerlukan anda untuk mengagak jumlah ramuan yang diperlukan serta mengambil masa untuk membersih, memotong dan menghiris bawang (pedihnya mata!) serta menumis rempah dan kerja-kerja mengisar bahan – bahan seperti bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili kering, serai, halia, kunyit, asam jawa, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, buah pala, bunga cengkih dan halba.
Dengan pek rendang ini, semua ramuan disediakan dengan penuh kasih-sayang dan dikisar halus seperti yang dibuat oleh nenek suatu ketika dahulu. Pes ini juga bebas daripada bahan-bahan memudaratkan seperti bahan pengawet, MSG dan bahan tambahan, memberikan anda manfaat rendang tradisional dengan kemudahan pes sedia dimasak dalam tempoh 30 minit atau kurang ini.
Bagi mereka yang membuat kerisik kelapa, menggoreng kelapa parut segar sehingga minyak naik mengambil masa yang amat lama sehingga mampu menyebabkan tangan anda menjadi lenguh semasa proses mengacau Kerisik Kelapa Ayam Brand™ sedia untuk berkhidmat. Anda hanya perlu membuka pek dan menambahkannya dalam masakan anda. Pastikan kerisik digaul rata untuk menikmati kelazatannya.
Cita rasa tempatan merupakan nadi rakyat Malaysia dengan setiap negeri dan keluarga yang mempunyai cara memasak rendang yang tersendiri. Bagaimana anda menyesuaikan Pes Rendang Ayam Brand™ mengikut cita rasa anda? Kami ingin berkongsi beberapa cadangan tetapi anda perlu tahu bahawa Pes Rendang Ayam Brand™ berada pada tahap 3.5 daripada 5 dalam skala kepedasan. Ia bukanlah pes rendang yang tidak pedas.
Rendang Tok Perak
Sekiranya anda menginginkan Rendang Tok yang lebih gelap dan kering tetapi isi daging yang lembut, tambahkan gula melaka dan lebih banyak kerisik kelapa dalam masakan. Gula melaka tersebut akan cair dan menjadikan rendang berwarna gelap, sementara kerisik kelapa akan membantu memekatkan kuah. Pastikan anda membiarkan rendang mereneh di atas api perlahan selama 30 minit sehingga 60 minit/1 jam dan kacau sekali-sekala.
Rendang Minang Negeri Sembilan
Tahap tahan pedas orang Nogori adalah luar biasa bagi Rendang Minang yang merupakan hidangan istimewa Negeri Sembilan. Jika anda suka pedas, tambahkan cili padi yang telah ditumbuk dan lada hitam ke dalam masakan pada Langkah 1 dan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya. Rendang Minang merupakan satu hidangan yang pedas tetapi amat lazat!
Rendang Johor
Adalah mudah untuk menikmati keenakan rendang Johor. Sediakan resipi rendang asas, kemudian, tambah daun kunyit dan limau purut sebelum memasukkan Kerisik Kelapa Ayam Brand™ ke dalam hidangan.
Rendang Hijau
Tambahkan cili hijau yang telah dikisar atau ditumbuk ke dalam Pes Rendang Ayam Brand™ dan tumis sehingga naik bau. Langkah ini akan mengambil masa yang lebih lama kerana anda mahukan rasa bercampur sebati sebelum memasukkan protein pilihan.
Manfaatkan idea-idea ini bagi membolehkan anda menyesuaikan Pek Permulaan Rendang Raya Ayam Brand™ mengikut cita rasa anda.
Bersedia untuk menambah hidangan dan keenakan hidangan tradisi dalam kemahiran memasak anda? Cubalah pes mudah, ringkas dengan kelazatan resipi tradisi daripada Ayam Brand™ termasuk Pes Rendang Ayam Brand™, Pes Kari Ayam Brand™, Pes Sambal Tumis Ayam Brand™ dan Pes Asam Pedas Ayam Brand™. Setiap pek 180g dijual pada harga RM5, sementara Kerisik Kelapa Ayam Brand™ dijual pada harga RM1.20 untuk pek 40g dan RM2.60 untuk pek 100g. Kelazatan terjamin dalam masa singkat.
Adakah anda mempunyai resipi Raya yang menarik? Sertai peraduan Ayam Brand™ Bok Bok Raya Tuang, Masak & Menang. Kategori A: Sediakan resipi berbuka puasa anda menggunakan Pes Masakan Ayam Brand™ atau Santan Kelapa Ayam Brand™ bersama dengan mana-mana produk Ayam Brand™ yang lain. Kategori B: Tunjukkan resipi Kuih Raya anda menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand™ termasuk mana-mana produk Ayam Brand™ yang lain. Muat naik gambar atau video resipi (maksimum 30 saat) ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #30ResipiBokBok dan #BokBokRaya dan tag @AyamBrandMy di Instagram atau @AyamBrandMalaysia di Facebook.
Anda berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM25,000 termasuk dua hadiah utama Dyson Cyclone V10 Fluffy Vacuum Cleaners, enam unit Samsung 35L Convection Microwave Ovens with HotBlast, enam hadiah wang tunai Duit Raya sebanyak RM500 seorang dan 50 hadiah mingguan berupa Shopee baucar tunai RM100! Layari pautan https://www.instagram.com/ayambrandmy/ untuk mendapatkan butiran lanjut.
Produk-produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas dari rangkaian pasar raya dan pasar raya besar Aeon, Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Hero (terpilih sahaja), Mydin, Econsave, Matahari atau layari laman rasmi Ayam Brand™ di Shopee dan Lazada.