(SEMASA) vivo V50 Hadir untuk Merakam Setiap Memori Bermakna dengan Perincian Potret Bertaraf Profesional

Spread the love

Kuala Lumpur, 13 Mac 2025 – vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar bertaraf mercu potret paling maju setakat ini, vivo V50, yang mentakrifkan semula pengalaman pengguna dalam ekspresi kreatif. Dilengkapi dengan keupayaan ZEISS Professional Portrait yang canggih, V50 membawa kualiti visual ke tahap baharu, membolehkan pengguna merakam dan berkongsi kenangan dengan gaya unik serta kejelasan luar biasa. Selain kehebatan fotografi, V50 menampilkan reka bentuk yang elegan dan estetik, serta bateri 6000 mAh (TYP) BlueVolt[1] yang tahan lama dengan 90W FlashCharge[2] ultra pantas. Direka untuk pengalaman penggunaan yang lancar dalam pelbagai situasi, V50 menawarkan gabungan prestasi mantap dan kecekapan tenaga yang unggul.

vivo memperkenalkan vivo V50 baharu, menampilkan potret bertaraf profesional untuk mengabadikan setiap detik bermakna.

“Siri vivo V sentiasa direka untuk membantu pengguna merakam detik berharga dalam hidup mereka,”kata Mike Xu, CEO dari vivo Malaysia. “Dengan vivo V50, kami melangkah lebih jauh dalam fotografi mudah alih. Keupayaan potret yang maju, reka bentuk premium dan prestasi berkuasa mentakrifkan semula jangkaan untuk telefon pintar dalam julat harga ini. Kami komited untuk menyediakan ciri yang meningkatkan setiap aspek kehidupan digital pelanggan kami.”

 50 MP[3] pada Setiap Lensa: Potret Profesional ZEISS yang Mengagumkan

Dikuasakan oleh Sistem Pengimejan Kejuruteraan Bersama vivo dengan ZEISS, vivo V50 menonjol sebagai flagship potret tahun ini. Dengan kerjasama ZEISS, vivo menetapkan piawaian optik dan prestasi pengimejan yang memenuhi kualiti ZEISS. Kamera 50 MP ZEISS All Main Camera menawarkan prestasi bertaraf profesional pada semua lensa kamera belakang, menjadikannya gajet yang sempurna untuk merakam dan mengabadikan memori berharga dengan sentuhan sofistikasi.

Kamera Utama ZEISS 50 MP OIS menampilkan Sensor Flagship 1/1.55″ untuk keupayaan menangkap cahaya yang luar biasa walaupun dalam keadaan mencabar. Teknologi VCS Camera-Bionic Spectrum inovatif vivo meningkatkan kualiti imej dengan meniru mata manusia untuk menghasilkan warna yang lebih tulen dan semula jadi. Gimbal mini terbina dalam dan sistem penstabilan bebas mencapai CIPA 4.0 DSLR-Level Stabilization[4], mengurangkan gegaran tangan dan membolehkan pendedahan malam lebih lama untuk menghasilkan imej malam yang lebih jelas.

V50 turut memperkenalkan teknologi pencahayaan maya generasi baharu, AI Aura Light Portrait 2.0. Menggunakan algoritma AI dan lampu isian ultra-lembut[5] 143x, ia memberikan pencahayaan berkualiti studio dari pelbagai sudut. Dua gaya pencahayaan potret sinematik baharu, Rembrandt Lighting dan Butterfly Lighting, menambah keunikan pada potret anda. Rembrandt Lighting mencipta kesan dramatik tiga dimensi dengan cahaya sisi lembut, manakala Butterfly Lighting menonjolkan kontur wajah untuk penampilan yang lebih glamor.

Potret diambil menggunakan V50 dengan ZEISS Multifocal Portrait dan ZEISS Biotar Style Bokeh.

Menampilkan ZEISS Multifocal Portrait, V50 menawarkan panjang fokus 23 mm, 35 mm dan 50 mm. Setiap panjang fokus dipadankan dengan tujuh gaya ZEISS Style Bokeh ikonik, termasuk ZEISS Biotar Style Bokeh, ZEISS B-Speed Style Bokeh, ZEISS Distagon Style Bokeh, ZEISS Sonnar Style Bokeh, ZEISS Planar Style Bokeh, ZEISS Cine-Flare Portrait dan ZEISS Cinematic Style Bokeh. Pilihan ini memberikan kesan bokeh yang unik dengan pemprosesan warna bertaraf sinematik.

Untuk gambar berkumpulan yang lebih jelas dan terperinci, V50 dilengkapi Kamera Swafoto Berkumpulan ZEISS 50 MP dengan lensa sudut lebar 92°[6] dan autofokus. Disokong oleh AI 3D Studio Lighting 2.0, ia memastikan kejelasan optimum dan gangguan minimum walaupun dalam pencahayaan belakang. Ia turut disertakan dengan kamera belakang ultra-lebar 119°[7] yang mudah menangkap kumpulan besar dan pemandangan luas. Dengan sensor 50 MP, setiap gambar diambil dengan perincian yang luar biasa, memberikan skala dan kedalaman pada setiap tangkapan.

Sama ada merakam potret, pemandangan panorama, atau gambar berkumpulan menggunakan kamera hadapan, belakang atau ultra-lebar, setiap detik boleh dirakam dalam video 4K ultra-jelas dengan ketepatan warna yang menakjubkan. vivo V50 juga memperkenalkan ciri menarik untuk ekspresi kreatif, termasuk AI Image Studio dengan AI Photo Enhance dan AI Erase 2.0[8] untuk menghilangkan objek yang mengganggu dengan hanya satu sentuhan. Film Camera Mode pula membawakan elemen fotografi klasik dengan meniru tekstur dan estetik filem vintaj. Ciri Live Photo membolehkan pengguna merakam detik dinamik dengan Live Color-Adaptive Borders dan ZEISS Border Watermark eksklusif.

Gabungan Elegan dan Teknologi: Reka Bentuk Anggun dengan Keupayaan Optimum

vivo V50 membawa pengalaman fotografi dan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Dilengkapi dengan reka bentuk ringan yang selesa dan bergaya, Skrin Flagship Quad Curved menawarkan pengalaman visual menyeluruh dengan paparan tanpa bingkai yang hampir tidak kelihatan. Ini memberikan tontonan lebih imersif untuk penstriman, permainan, dan menikmati kandungan visual yang terang serta tajam.

Dikuasakan oleh teknologi penyusunan komponen ultra-nipis khas vivo serta bateri 6000 mAh (TYP)[9] BlueVolt yang tahan lama, vivo V50 menggabungkan prestasi hebat dengan reka bentuk bergaya. Lengkungan Emas 41° serta bingkai tengah yang lebih nipis memberikan genggaman selesa untuk penggunaan menegak dan mendatar—sama ada anda menonton filem, bermain permainan, atau melayari media sosial kegemaran anda. Reka bentuk sudut melengkung bukan sahaja meningkatkan keselesaan, tetapi juga menambah sentuhan elegan. Teknologi kawalan sentuhan tidak sengaja daripada vivo membantu mengurangkan ketikan tersalah tekan, menjadikannya pilihan ideal untuk sesi permainan intensif yang memerlukan kawalan lebih stabil.

V50 hadir dalam pilihan warna baharu yang memukau, diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi. Ancora Red menampilkan rona merah keemasan yang diinspirasikan daripada lembah batu pasir, menggabungkan elemen kehangatan dan kelas. Mist Purple pula membawakan suasana tenang dan romantik, manakala Satin Black menampilkan keanggunan abadi dengan kemasan logam yang moden. Modul Kamera Dwi-Gelang menggabungkan fungsi dan estetika dengan ukiran berkualiti tinggi, corak berlian matte yang halus, serta potongan berkilat pada bucu—memperlihatkan ketelitian vivo dalam aspek reka bentuk.

Hayat Bateri Luar Biasa, dan Kecekapan Menyeluruh

Prestasi bateri V50 yang luar biasa dicapai melalui gabungan perkakasan dan perisian canggih. Memuatkan bateri 6000 mAh (TYP)[10] BlueVolt ke dalam tubuh yang ultra-nipis adalah pencapaian reka bentuk yang mengagumkan, direalisasikan menerusi pelbagai inovasi baharu. Ini termasuk anod silikon-karbon generasi kedua yang termaju dalam industri serta teknologi kapsul bateri khas vivo.

Telefon ini dengan mudah memenuhi keperluan harian anda—sama ada untuk sesi permainan yang panjang, panggilan kerja berterusan, atau penstriman hiburan tanpa henti. Dengan 90W FlashCharge[11], V50 mampu memberikan sehingga 6 jam waktu berbual hanya dengan 10 minit pengecasan daripada 1%[12]. Untuk kecekapan tenaga yang lebih baik, AI Sleep Mode mengurangkan penggunaan bateri semasa waktu malam, manakala Smart Charging Engine menyesuaikan corak pengecasan mengikut tabiat pengguna, memastikan ketahanan bateri yang boleh dipercayai walaupun selepas empat tahun penggunaan.

vivo V50 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 3 Mobile Platform, menawarkan peningkatan 15% dalam prestasi CPU serta 50% kecekapan GPU yang lebih baik[13]. Unit Neural AI dan ISP-nya memastikan pelancaran aplikasi lebih pantas, visual permainan yang lebih lancar, dan pengalaman harian yang lebih efisien. Berdasarkan ujian perisian dalaman, sistem ini direka untuk menawarkan pengalaman penggunaan lancar sehingga 60 bulan[14]. Dengan 12GB RAM dan tambahan 12GB RAM[15] maya, vivo V50 membolehkan anda menjalankan lebih 40 aplikasi serentak dengan mudah. Pengurusan storan pintar juga memastikan prestasi kekal pantas dan multitasking lebih lancar, memberikan pengalaman pengguna yang selesa walaupun dalam penggunaan berat. Selain itu, V50 menawarkan ketahanan debu dan air IP68 serta IP69[16], menjadikannya ideal untuk pelbagai persekitaran.

Tingkatkan Gaya Hidup Anda Bersama Rakan Eksklusif vivo

vivo V50 adalah lambang gaya dan inovasi, selari dengan kerjasama bersama BONIA Malaysia. Warna Ancora Red, salah satu warna gaya terkini tahun 2025, melengkapi keanggunan abadi BONIA — menjadikannya vivo V50, padanan berfesyen yang sempurna bersama BONIA.

Turut memeriahkan pelancaran ini adalah penaja eksklusif vivo V50: Royal Enfield Malaysia, CLEF Skincare, Ogawa Malaysia, Golden Jaguar Jewellery, Clinique, Vanilla Crepe, Poh Kong, Redbox, dan HWC Coffee. Setiap jenama ini berkongsi visi vivo untuk meningkatkan gaya hidup dengan pengalaman premium.

Ketersediaan

vivo V50 akan tersedia di Malaysia pada harga bermula RM1,999 (12GB+256GB) dan RM2,399 (12GB+512GB). Pengguna juga boleh menikmati pilihan pembelian berikut:

Pelan Ansuran Tanpa Faedah 0%

  • Tersedia di semua stor konsep vivo.
  • Pelanggan boleh memiliki vivo V50 melalui pelan ansuran tanpa faedah 0%, bermula dari RM83.30 sebulan.

Diskaun Pelan Ansuran SPayLater (Kempen SPayLater Raya)

  • Tempoh promosi: 1 Mac – 30 April 2025
  • Tersedia di semua stor konsep vivo.
  • Pelanggan yang membeli V50 melalui pelan ansuran SPayLater layak mendapat diskaun sehingga RM100.
  • Diskaun hingga 15%, tertakluk pada had maksimum RM100.

Pra-tempah bersama Maxis

  • Tempoh pra-tempah: 14 Mac – 20 Mac 2025
  • Tersedia di semua kedai Maxis.
  • Pelanggan yang mendaftar untuk Maxis Postpaid 199 boleh mendapatkan vivo V50 secara percuma.
  • Hadiah eksklusif: Setiap pra-tempah akan menerima DJI OSMO MOBILE SE, sementara stok masih ada.

Promosi Tukar Beli (Trade-in)

  • Tempoh promosi: 22 Mac – 30 April 2025
  • Tersedia di semua stor konsep vivo.
  • Pelanggan yang menukar model telefon pintar terpilih dan membeli vivo V50 layak mendapat diskaun tambahan sehingga RM400.

Promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP) vivo Watch 3

  • Tempoh promosi: 22 Mac – 30 April 2025
  • Tersedia di semua stor konsep vivo.
  • Pelanggan yang membeli vivo V50 dan menambah vivo Watch 3 layak menikmati diskaun 30% untuk jam pintar tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi vivo atau kunjungi kedai vivo yang terdekat yang mengambil bahagian.

Laman Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

[1] Kapasiti bateri tipikal adalah 6000 mAh, manakala kapasiti dinilai adalah 5870 mAh.

[2] Produk ini dilengkapi dengan pengecas standard vivo yang menyokong kuasa pengecasan sehingga 90W. Kuasa pengecasan sebenar akan disesuaikan secara dinamik mengikut keadaan penggunaan dan bergantung kepada penggunaan sebenar.

[3] Nilai piksel mungkin berbeza mengikut mod kamera yang digunakan dan bergantung kepada penggunaan sebenar.

[4] Penstabilan kamera tahap CIPA 4.0 diuji berdasarkan piawaian ujian CIPA 2014 menggunakan panjang fokus 23mm pada kamera utama dalam pergerakan pitch dan yaw.

[5] Berbanding dengan lampu denyar biasa, kelembutan Aura Light pada V50 meningkat kira-kira 143 kali ganda. Data diperoleh daripada ujian makmal vivo.

[6] 90° selepas mengambil kira herotan.

[7] 109.2° selepas mengambil kira herotan.

[8] AI Erase 2.0 memerlukan sambungan rangkaian

[9] Kapasiti bateri tipikal ialah 6000 mAh, manakala kapasiti dinilai ialah 5870 mAh.

[10] Kapasiti bateri tipikal ialah 6000 mAh, manakala kapasiti dinilai ialah 5870 mAh.

[11] Produk ini dilengkapi dengan pengecas standard vivo yang menyokong kuasa pengecasan sehingga 90W. Kuasa pengecasan sebenar akan dilaraskan secara dinamik mengikut situasi penggunaan.

[12] Data pengecasan diperoleh daripada makmal vivo. Ujian dijalankan dalam persekitaran dengan suhu peranti dan persekitaran pada 25°C±1°C. Dengan tahap bateri 1%, semua perkhidmatan dan fungsi telefon dimatikan kecuali panggilan suara, skrin dimatikan, dan pengecas serta kabel data rasmi digunakan. Data sebenar mungkin berbeza bergantung pada persekitaran ujian, keadaan pengecasan, suhu asal telefon, kehausan bateri jangka panjang, dan faktor lain.

[13] Data peningkatan prestasi diperoleh daripada laman web rasmi Qualcomm, menunjukkan peningkatan berbanding generasi sebelumnya.

[14] Pengalaman Lancar 5 Tahun” bermaksud produk ini telah lulus ujian kelancaran 5 tahun dalam persekitaran ujian makmal vivo melalui pengoptimuman perisian, perkakasan, dan teknologi komprehensif lain. Walau bagaimanapun, “Pengalaman Lancar 5 Tahun” tidak menjamin kebebasan mutlak daripada kelewatan. Disebabkan perbezaan dalam persekitaran rangkaian, tabiat penggunaan individu, dan faktor lain, pengalaman sebenar mungkin berbeza.

[15] RAM tambahan 12 GB direalisasikan melalui perisian. ROM / RAM yang tersedia sebenar adalah kurang kerana penyimpanan sistem operasi dan aplikasi prapasang. Data diperoleh daripada ujian makmal vivo. Versi memori peranti mungkin berbeza mengikut wilayah.

[16] Produk ini telah diuji dalam keadaan makmal terkawal dan dinilai sebagai IP68 dan IP69 mengikut standard IEC 60529-2013.

  • Syarat ujian kalis air IP68: Direndam dalam air tawar statik hingga kedalaman 1.5 meter selama maksimum 30 minit, dengan perbezaan suhu antara air dan peranti kurang daripada 5℃.
  • Syarat ujian kalis air IP69: Kelajuan putaran (5±1) rpm, sudut muncung 0°, 30°, 60°, dan 90°, kadar aliran (15±1) L/min, suhu air (80±5) ℃, masa ujian 30 saat setiap posisi, dan telefon diletakkan dalam kedudukan menegak dengan port USB menghadap ke bawah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *