Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Haier Group, peneraju global dalam penyelesaian kehidupan pintar dan transformasi digital, hari ini memulakan Haier Global Fans Festival ke7 di Kuala Lumpur melalui jerayawara interaktif selama lima hari di Pavilion Bukit Jalil – The Piazza, Aras 3.
Ruang pameran interaktif sebesar 2,600 meter persegi tersebut direka sebagai platform gaya hidup bagi peminat sukan, penggemar bola sepak serta komuniti Haier untuk berhimpun dan menyemarakkan semangat “Champion Your Haier Life”. Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan secara langsung termasuk badminton, bola sepak, dan tenis, di samping menikmati ganjaran eksklusif Haier sepanjang festival berlangsung.
Acara tahunan pada kali ini membawa makna yang lebih mendalam untuk Haier yang mana Haier Global Fans Festival bermula sebagai sambutan digital untuk menghargai sokongan pengguna kini berkembang menjadi satu gerakan jenama berskala antarabangsa yang menghubungkan jutaan peminat di seluruh dunia. Ini sekali gus menonjolkan inovasi Haier dan mengukuhkan hubungan dengan pengguna.
Sebagai jenama yang terus mengukuhkan kepimpinannya dalam industri peralatan rumah, Haier telah menduduki kedudukan No.1 dalam kategori Global Major Appliances Brand Retail Volume oleh Euromonitor International selama 16 tahun berturut-turut. Haier juga merupakan satu-satunya jenama ekosistem IoT yang tersenarai dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama tujuh tahun, selain tersenarai dalam World’s 500 Most Influential Brands selama 21 tahun.
Dalam pasaran Malaysia, Haier menjangkakan pegangan pasaran sebanyak 11% dengan tahap kesedaran jenama mencecah 93%, peratusan tertinggi dalam kalangan jenama peralatan rumah dari China. Produk premium pula menyumbang lebih daripada 38% kepada keseluruhan prestasi Haier di Malaysia.
Tumpuan utama festival ini ialah pameran inovasi terbaharu Haier yang menampilkan pendekatan reka bentuk dan teknologi berprestasi tinggi, selari dengan semangat kecemerlangan atlet juara. Pengguna di Malaysia antara yang terawal berpeluang melihat secara dekat produk seperti peti sejuk Space Fit, mesin basuh-pengering Siri L+, penyaman udara UV Cool Color, TV M80 QD-Mini LED, serta pratonton mesin basuh tiga dram yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Festival ini turut menampilkan zon demonstrasi produk secara langsung, sesi perkongsian interaktif, aktiviti bersama pencipta kandungan, dan ganjaran eksklusif untuk peminat, sekali gus memberikan pengalaman gaya hidup pintar kepada pengunjung.
Kemasukan ke festival adalah percuma. Pelanggan yang berbelanja minimum RM5,000 untuk mana-mana produk Haier sepanjang tempoh jerayawara layak menebus jersi eksklusif Liverpool FC.
“Sempena Haier Global Fans Festival ke-7 ini, kami bukan sahaja menghargai kesetiaan para pengguna, malah terus memandang ke hadapan untuk membina kehidupan yang lebih pintar, hubungan yang lebih kukuh serta pertumbuhan bersama,” kata Encik Fan Jing, Pengarah Urusan Haier Malaysia. Beliau menambah bahawa Haier kekal komited untuk terus mendengar keperluan pengguna, berinovasi dan berkembang agar setiap produk serta pengalaman yang ditawarkan memberikan nilai sebenar kepada isi rumah di Malaysia.
Haier Global Fans Festival 2025 berlangsung dari 17 hingga 21 Disember di Pavilion Bukit Jalil – The Piazza, Aras 3, dan mengalu-alukan orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman gaya hidup pintar yang bersedia untuk masa hadapan.

