AMPANG, 25 Disember 2025 – HABIB, jenama barangan kemas terkemuka sekali lagi menemui pelanggan setia dengan jualan cuci gudang, bermula 25 sehingga 29 Disember ini di bilik pameran HABIB seluruh negara. Jualan Cuci Gudang merupakan acara tahunan HABIB, yang menawarkan potongan harga istimewa, merangkumi barangan kemas emas 999 dan 916, berlian dan batu permata yang unik.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha HABIB untuk menghargai pelanggan setia melalui tawaran istimewa menjelang penghujung tahun. Selari dengan tagline ‘The Gift of Happiness’, HABIB sentiasa mengutamakan kegembiraan pelanggan.
Pelanggan berpeluang menikmati tawaran istimewa untuk barangan kemas emas Oro Italia 916, barangan kemas 999 dan 916.
Antara Koleksi Oro Italia 916 yang menanti pelanggan dengan tawaran Istimewa. Bukan itu sahaja, HABIB turut menawarkan potongan sehingga 65% bagi koleksi berlian dan batu permata terpilih.
Banyak pilihan cincin berlian dan batu permata yang ditawarkan potongan sehingga 65%. Selain itu, subang mutiara (fresh water pearl) turut ditawarkan pada harga RM88 sahaja, dan kudapan ringan disediakan untuk dinikmati sepanjang kunjungan.
Turut memeriahkan Jualan Cuci Gudang kali ini ialah penampilan istimewa maskot Didi, Nana dan Jojo pada 25 Disember 2025, bersempena koleksi loket emas 999.9 HABIB x Didi & Friends yang didatangkan bersama pilihan rantai tangan dalam pelbagai warna.
Hadiah menarik juga menanti pelanggan di sepanjang Jualan Cuci Gudang seperti :
- Rantai Tangan Tiger’s Eye dengan pembelian RM6,000 ke atas dalam satu resit*
- Ice Boliday dengan pembelian RM10,000 ke atas untuk barang kemas dalam satu resit*
Kunjungi bilik pameran HABIB yang berdekatan untuk menikmati promosi Jualan Cuci Gudang HABIB yang diadakan selama empat hari sahaja, bermula 25 sehingga 28 Disember 2025.
Untuk informasi lanjut mengenai Jualan Cuci Gudang HABIB, layari laman sesawang rasmi HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi @habibjewelsofficial di Instagram dan TikTok serta @HABIB di Facebook.

