(SEMASA) CFMOTO 250 DUAL: MODEL PERTAMA 2026 UNTUK ERA PENGEMBARAAN BAHARU, DIBINA DENGAN KETAHANAN DAN KAWALAN MAKSIMUM. 

Spread the love

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2026 – CFMOTO Malaysia secara rasmi melancarkan model baharu CFMOTO 250 DUAL, yang turut merupakan model pertama bagi tahun 2026 daripada CFMOTO Malaysia, semasa Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce. Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting bagi jenama tersebut, memperkenalkan sebuah motosikal serba boleh dan direka untuk memberikan keyakinan kepada penunggang ketika melalui jalan bandar mahupun laluan off-road ringan.

Ditawarkan pada harga RM9,888.00, CFMOTO 250 DUAL kini boleh didapati di semua pengedar sah CFMOTO dan Mforce di seluruh negara. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Tundra Grey, Polar White dan Lime Green, yang mencerminkan gabungan karakter lasak serta gaya moden.

CFMOTO 250 DUAL dikuasakan oleh enjin 249 cc satu silinder, 4-lejang, penyejukan cecair, yang menghasilkan kuasa maksimum 18 kW pada 8,000 rpm serta tork puncak 22.5 N·m pada 7,000 rpm. Digabungkan dengan sistem EFI, enjin ini menawarkan respons pendikit yang lancar, kecekapan bahan api yang lebih baik serta prestasi yang boleh diharap untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.

Kuasa disalurkan melalui sistem pacuan rantai dan dikawal menggunakan klac manual jenis basah berbilang plat, memberikan kawalan yang tepat serta pertukaran gear yang lebih yakin. Dengan nisbah mampatan 11.3:1, sistem penghidup elektrik dan sistem pencucuhan C.D.I, CFMOTO 250 DUAL direka untuk prestasi yang konsisten dalam pelbagai keadaan tunggangan.

Bagi memastikan kestabilan di pelbagai permukaan, motosikal ini dilengkapi dengan fork teleskopik jenis terbalik di bahagian hadapan serta penyerap hentak belakang jenis monoshock di bahagian belakang. Sistem suspensi ini menawarkan 160 mm jarak perjalanan hadapan dan 38 mm jarak perjalanan belakang, sekali gus meningkatkan keselesaan serta kawalan penunggang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal di hadapan dan belakang, masing-masing berdiameter 265 mm dan 220 mm, serta disokong oleh sistem ABS dwi-saluran bagi keselamatan dan keyakinan yang lebih tinggi.

CFMOTO 250 DUAL menggunakan rim jejari (spoke wheel) dengan tayar hadapan bersaiz 80/100-21 dan tayar belakang 120/80-18, memberikan cengkaman yang kukuh serta pengendalian yang stabil di pelbagai jenis permukaan. Rangka jenis tiub keluli pula meningkatkan ketahanan motosikal sambil mengekalkan keseimbangan tunggangan yang baik.

Dari segi dimensi, CFMOTO 250 DUAL berukuran 2,120 mm panjang, 910 mm lebar dan 1,225 mm tinggi, dengan jarak roda 1,415 mm. Ketinggian tempat duduk 840 mm dan jarak kelegaan tanah 245 mm menambah keupayaan laluan lasak, manakala berat keseluruhan 154 kg memastikan pengendalian yang tangkas. Tangki bahan api berkapasiti 13-liter pula membolehkan jarak perjalanan yang lebih memuaskan.

Antara ciri moden yang ditawarkan termasuk paparan meter digital, lampu hadapan dan belakang LED, port pengecasan USB Type-A serta suis keselamatan tongkat sisi bagi meningkatkan keselamatan penunggang.

Dengan gabungan ciri praktikal, rangka yang mantap dan prestasi serba boleh, CFMOTO 250 DUAL direka untuk memenuhi keperluan penunggang yang inginkan sebuah motosikal bagi pelbagai gaya tunggangan. Dengan setiap pembelian CFMOTO 250 DUAL, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.

Nota Penting: Segala spesifikasi yang dinyatakan di atas akan berubah dari semasa ke semasa. Pihak CFMOTO Malaysia akan memaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan selepas motosikal memasuki pasaran Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *