(SEMASA) SALOMA KUALA LUMPUR PERKENAL KONSEP RAMADAN 2026 “DI BAWAH LANGIT YANG SAMA” – MERAI KEBERSAMAAN, KEMANUSIAAN DAN KESYUKURAN

Spread the love

KUALA LUMPUR | 4 Februari 2026 – Saloma Kuala Lumpur hari ini secara rasmi memperkenalkan konsep Ramadan 2026 bertemakan “Di Bawah Langit Yang Sama”, sebuah falsafah yang menekankan nilai kebersamaan, kesederhanaan, kemanusiaan dan kesyukuran, selari dengan roh sebenar bulan Ramadan.

Menurut Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar, tema ini melangkaui sekadar konsep gastronomi, sebaliknya mencerminkan hakikat Ramadan sebagai bulan yang menyatukan insan tanpa mengira latar belakang, budaya dan perbezaan.

“Walau siapa pun kita dan dari latar mana sekalipun, kita semua bernaung di bawah langit yang sama berkongsi waktu berbuka, berkongsi rezeki dan mensyukuri nikmat Ramadan bersama,” ujar beliau.

Seiring dengan tema tersebut, Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan pengalaman berbuka puasa yang lebih inklusif dengan membuka ruang berbuka di kawasan luar restoran, menawarkan suasana santai dan dekat dengan jiwa Ramadan sebenar. Pendekatan ini bukan sahaja memberi fokus kepada hidangan, malah mewujudkan ruang untuk berkumpul, berehat serta menghayati ibadah dalam suasana yang tenang dan bermakna.

Bagi melengkapkan pengalaman Ramadan yang holistik, Saloma Kuala Lumpur turut menyediakan ruang khas solat dan tarawih, membolehkan para tetamu menunaikan ibadah dengan khusyuk tanpa perlu meninggalkan suasana berbuka puasa secara tergesa-gesa.

“Bagi kami, Ramadan bukan sekadar apa yang dihidangkan di atas meja, tetapi juga memberi ruang kepada hati untuk kembali tenang dan lebih dekat kepada Allah SWT,” tambah Datin Sri Dr. Riza.

Konsep Ramadan 2026 di Saloma Kuala Lumpur turut menampilkan kepelbagaian citarasa antarabangsa sebagai simbol keharmonian masyarakat Malaysia. Dalam satu ruang berbuka, tetamu berpeluang menikmati sajian Melayu, Cina, India, Arab dan Jepun, mencerminkan keterbukaan budaya serta semangat saling menghormati yang diraikan di bawah satu langit.

Pengalaman berbuka turut dimeriahkan dengan konsep live cooking dan live stall, menghidupkan kembali suasana tradisi Ramadan yang autentik. Antara tarikan utama termasuk:

  • Live stall kambing bakar

  • Sajian panggang segar

  • Pelbagai hidangan panas yang disediakan secara langsung

Sebagai pelengkap, Saloma Kuala Lumpur turut membawakan menu istimewa Ramadan 2026, antaranya:

  1. Nasi Kambing Kebuli

  2. Udang Lemak Daun Chekur

  3. Ais “Teller” Pak Belalang

  4. Mee Udang Tergolek

  5. Bubur Lambuk Rusuk Kiri

Pakej bufet Ramadan ini ditawarkan pada harga RM168 nett (dewasa), RM98 nett (kanak-kanak dan warga emas), dengan harga Early Bird RM138 nett, dan boleh dinikmati setiap hari dari 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan.

Di Saloma Kuala Lumpur, hospitaliti ditakrifkan sebagai memberi ruang kepada semua untuk merasa diterima  dari meja makan hingga ke ruang ibadah. Ramadan dijadikan medan untuk menyemai empati, kesederhanaan serta perkongsian rezeki.

“Di bawah langit yang sama, kita duduk bersama, berbuka bersama, beribadah bersama dan mensyukuri nikmat Ramadan bersama-sama,” ujar Datin Sri Dr. Riza.

Saloma Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan, rakan kerjasama, vendor serta para tetamu yang terus mempercayai Saloma sebagai destinasi berbuka puasa yang menyatukan budaya, rasa dan nilai Ramadan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan Ramadan:
📍 Saloma Kuala Lumpur
📞 1-700-828-576


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *