(SEMASA) De Palma Hotel Ampang Memperkenalkan “Citarasa Serantau”

Spread the love

Ampang, Selangor – 5 Februari 2026 – De Palma Hotel Ampang hari ini secara rasmi memperkenalkan bufet Ramadan 2026 bertemakan “Citarasa Serantau” menerusi satu majlis Ramadan Preview & Media Tasting, menampilkan kepelbagaian hidangan tradisi serantau yang kaya dengan rasa, warisan dan nostalgia.

Berlangsung sepanjang 1 hingga 28 Ramadan 2026, bufet ini direka khas untuk membawa para tetamu menyelami keunikan masakan Melayu dan Nusantara, disediakan dengan resipi autentik serta sentuhan profesional pasukan kulinari De Palma Hotel Ampang.

Antara hidangan utama yang diketengahkan termasuklah Nasi Keraian yang aromatik, Kambing Bakar yang lembut dan berempah, tarikan unik di Palma Mongolian Stall, sajian gorengan klasik serta pelbagai pencuci mulut tempatan yang digemari ramai.

“Tema Citarasa Serantau dipilih untuk meraikan kepelbagaian rasa dan budaya makanan yang dekat di hati masyarakat kita. Kami mahu setiap tetamu merasai kehangatan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang selesa dan meriah,” kata Pengurus Hotel De Palma Hotel Ampang.

Harga Istimewa & Tawaran Pembelian Awal

Sebagai nilai tambah kepada pelanggan, De Palma Hotel Ampang turut menawarkan harga pembelian awal (Early Bird) bermula RM78.00 nett bagi tempahan dari 1 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.

Harga bufet Ramadan 2026 adalah seperti berikut:

Dewasa: RM88.00 nett

Warga Emas: RM60.00 nett

Kanak-kanak: RM58.00 nett

Tawaran ini menjadikan bufet Ramadan De Palma Hotel Ampang antara pilihan paling berbaloi di sekitar Ampang untuk keluarga, syarikat dan kumpulan korporat.

Lokasi Strategik & Sesuai Untuk Berbuka Berkumpulan

Dengan lokasi strategik di Ampang serta ruang makan yang luas dan selesa, De Palma Hotel Ampang menjangkakan sambutan positif daripada pelanggan setia, komuniti setempat serta pasaran korporat yang mencari pengalaman berbuka puasa berkualiti pada harga berpatutan.

Untuk tempahan sila hubungi 03-4270 7070 atau 014-305 5083.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *