(SEMASA) McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru Dibuka Semula sebagai Mercu Tanda Ikonik Kuala Lumpur yang Diperbaharui

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2026 – McDonald’s Malaysia telah membuka semula restoran McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru di Jalan Pahang, sebuah mercu tanda komuniti yang dihargai dan telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama hampir empat dekad. Dibuka pada 19 Disember 1988 sebagai restoran Drive-Thru pertama negara, cawangan Titiwangsa ini memainkan peranan penting dalam sejarah McDonald’s Malaysia dan dalam kehidupan seharian komuniti di sekitarnya.

Terletak di salah satu kawasan kejiranan yang matang dan mapan di Kuala Lumpur, McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru berada di tengah kawasan yang aktif, dikelilingi komuniti kediaman, stesen MRT, hospital-hospital utama, serta Taman Tasik Titiwangsa yang ikonik. Sepanjang tahun, restoran ini menjadi hentian mesra bagi keluarga, para penumpang, petugas kesihatan dan para jogger, serta berfungsi sebagai tempat persinggahan yang mudah dan selesa dalam komuniti setempat.

Pembukaan semula ini menandakan projek pengubahsuaian restoran pertama McDonald’s Malaysia bagi tahun ini dan mencerminkan fokus berterusan syarikat untuk memastikan restoran kejiranan kekal selesa, mudah diakses dan relevan kepada komuniti yang dilayaninya. Restoran yang dikenali ramai ini telah dinaik taraf untuk meningkatkan fungsinya sebagai hab sosial kontemporari sambil mengekalkan suasana mesra yang digemari pelanggan tetap sepanjang 38 tahun lalu.

“Titiwangsa Drive-Thru ialah tempat bermulanya perjalanan Drive-Thru kami di Malaysia, dan ia telah berkembang bersama komuniti ini selama 38 tahun,” kata Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia. “Restoran ini telah dinaik taraf bagi memastikan ia terus rasa mesra, selesa dan relevan untuk keluarga, komuniti pekerja dan penduduk setempat yang menjadi pelanggan kami.”

Sebagai sebahagian daripada pengubahsuaian ini, restoran telah dinaik taraf bagi memenuhi keperluan komuniti sekeliling:

  • Ruang makan yang diperluas dengan 180 tempat duduk serta kawasan tinjau di tingkat satu menawarkan tempat lebih selesa untuk keluarga, kumpulan dan pelanggan tetap meluangkan masa bersama.
  • Lorong Drive-Thru yang ditambah baik membantu melancarkan aliran trafik dan menyokong perkhidmatan lebih pantas pada waktu puncak.
  • Penambahan Playland baharu memberikan pengalaman lebih menyeronokkan kepada keluarga dengan anak kecil, sambil menawarkan keselesaan dan ketenangan fikiran kepada ibu bapa.
  • Surau yang dinaik taraf memberikan kemudahan tambahan kepada pelanggan dan kru restoran.

Kesemua penambahbaikan ini menjadikan McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru lebih daripada sekadar tempat mendapatkan hidangan segera; ia kini menjadi lokasi santai kejiranan untuk berkumpul, berehat dan bertemu.

Selain penambahbaikan fungsi restoran, McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru turut memperkenalkan rekaan kedai Luna, menjadikannya restoran konsep Luna pertama seumpamanya di Malaysia dan kedua di Asia.

Rekaan Luna ini diilhamkan daripada elemen semula jadi seperti pergerakan bulan dan kewujudan pokok beringin (banyan tree) di kawasan sekitarnya. Ilham bagi rekaannya menekankan kehangatan, keterbukaan dan kebersamaan – menggabungkan elemen seni bina kontemporari dengan kemesraan yang sinonim dengan pengalaman pelanggan di McDonald’s.

Fasad bangunan menampilkan panel logam berperforasi yang unik kepada cawangan Titiwangsa, mengingatkan kepada pergerakan bulan, dipadankan dengan pencahayaan hangat yang memberikan identiti visual baharu kepada restoran pada waktu siang dan malam. Elemen ini digabungkan untuk menghasilkan sebuah restoran yang moden dan ekspresif, namun tetap berkait dengan persekitaran kejiranannya.

Rekaan dalaman pula terdiri daripada tiga zon pengalaman yang mengalir secara harmoni antara satu sama lain. Moon Area diilhamkan daripada kemunculan bulan baharu dan menampilkan Rising Moon Platform – sudut bagi swafoto khas yang direka untuk mencipta detik kenangan dan sebagai tarikan Instagram bagi para pelanggan. Banyan Area pula diinspirasikan oleh alam semula jadi dan kehadiran pokok beringin berhampiran. Kedua-dua konsep ini bertemu di zon Where Nature Meets Moonrise, ruang peralihan dengan laluan jambatan tinjau yang menghubungkan kedua-dua idea tersebut.

Dengan pencahayaan berlapis, perincian seni bina unik dan sudut khas bagi mengambil foto, restoran yang diperbaharui ini menawarkan pelbagai detik mesra Instagram yang menggalakkan pelanggan berkongsi pengalaman mereka.

“Sebagai syarikat milik tempatan, McDonald’s Malaysia komited untuk melabur semula dalam restoran kejiranan seperti Titiwangsa yang menjadi satu tempat yang dikunjungi komuniti setiap hari,” tambah Azmir. “Pembukaan semula ini memastikan McDonald’s Titiwangsa kekal dekat di hati pelanggan, sambil menjadi ruang yang mencerminkan gaya hidup kini, ruang bersantai dan berhubung hari ini.”

Dengan pembukaan semula ini, McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru telah memasuki satu fasa baharu yang menghormati legasinya sebagai restoran Drive-Thru pertama Malaysia, sambil mengangkat identiti baharu sebagai mercu tanda kejiranan moden dan salah satu lokasi hangout ikonik terbaharu Kuala Lumpur.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *