(SEMASA) SEMINYAK INDONESIAN SOULFOOD PERLUAS JENAMA DENGAN PEMBUKAAN CAWANGAN KEDUA DI KLGCC MALL

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2026 – Seminyak Indonesian Soulfood terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman di Malaysia menerusi pembukaan rasmi cawangan keduanya di KLGCC Mall, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha jenama ini memperluaskan penawaran hidangan autentik Indonesia kepada pasaran tempatan.

Selepas melancarkan cawangan pertamanya di Sunway Pyramid pada Jun 2025, Seminyak kini melangkah setapak lagi dengan memilih lokasi premium di KLGCC Mall bagi memenuhi keperluan segmen pelanggan pertengahan dan atasan yang mencari pengalaman menjamu selera yang selesa, moden dan berkualiti.

Bagi cawangan KLGCC Mall, Seminyak diterajui oleh Lina Rahim, Leta Juangku, Tania Arlene dan Datin Nelydia, yang berkongsi visi sama untuk memperkenalkan Indonesian soulfood dalam konsep yang segar, kontemporari dan mudah didekati.

Didorong oleh minat yang sama dalam industri F&B, perjalanan mereka bermula dengan pelancaran Warung Eropa TRX pada November 2023. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan pengembangan jenama melalui Warung Jakarta pada 2024 dan Seminyak pada 2025, sebelum memperkenalkan Seminyak KLGCC Mall pada 2026.

Seminyak Indonesian soulfood merupakan jenama saudara kepada Warung Eropa yang diinspirasikan daripada suasana ikonik Seminyak, Bali. Konsep restoran ini mengetengahkan gabungan rasa tradisional Indonesia dengan sentuhan moden, manakala reka bentuk dalaman pula mencerminkan keindahan tropika Bali melalui penggunaan elemen semula jadi, tona hangat dan suasana santai yang memberikan keselesaan kepada setiap pelanggan.

Keunikan Seminyak terletak pada penggunaan ramuan dan resipi autentik dari pelbagai wilayah di Indonesia, selain penyediaan mi buatan tangan yang dihasilkan segar setiap hari. Restoran ini turut memperkenalkan konsep Indonesian Rice Bowl Nasi Jinggo, di mana setiap hidangan disajikan bersama nasi kukus dan lauk berempah yang kaya aroma, mencerminkan keaslian sebenar makanan jiwa Indonesia.

Antara hidangan signatur Seminyak ialah Indonesian Rice Bowl Nasi Jinggo, yang menjadi salah satu tarikan utama menu restoran ini, memandangkan Seminyak merupakan antara jenama terawal di Malaysia yang menampilkan Nasi Jinggo autentik. Pelanggan boleh memilih pelbagai pilihan seperti Nasi Jinggo Ayam Bakar, Nasi Jinggo Empal Beef Seminyak, Nasi Jinggo Ayam Betutu dan Nasi Jinggo Bebek Kremes.

Setiap hidangan di Seminyak disediakan menggunakan bahan-bahan segar, dengan semua ramuan diperoleh daripada pembekal yang disahkan halal. Ini mencerminkan komitmen jenama terhadap kualiti, konsistensi dan keyakinan pelanggan. Selain menu berasaskan nasi dan mi, restoran ini menawarkan harga yang berpatutan antara RM16 hingga RM70, dengan purata perbelanjaan pelanggan dianggarkan sekitar RM40 hingga RM70 seorang.

Pemilihan KLGCC Mall sebagai lokasi cawangan kedua dibuat berdasarkan kelebihan strategiknya, termasuk akses kepada pelanggan premium, pemandangan padang golf yang eksklusif, kemudahan gaya hidup serta persekitaran mesra keluarga. Lokasi ini selari dengan aspirasi jenama untuk meletakkan Seminyak sebagai destinasi pilihan bagi mereka yang menghargai hidangan autentik dalam suasana moden dan premium.

Majlis Grand Opening Seminyak Indonesian Soulfood di KLGCC Mall telah berlangsung pada 9 April 2026 jam 11.00 pagi, melibatkan ketibaan tetamu, ucapan alu-aluan, bacaan doa, acara potong tumpeng serta sesi bersama pihak media.

Menurut pihak pengurusan, Seminyak bukan sekadar mahu memperkenalkan makanan Indonesia kepada pasaran tempatan, tetapi juga mahu mencipta pengalaman menjamu selera yang hangat, menyentuh jiwa dan sesuai untuk pelbagai suasana, sama ada bersama keluarga, rakan atau rakan perniagaan.

“Kami mahu menghidupkan kepelbagaian masakan Indonesia dari timur ke barat melalui rasa yang autentik, kaya rempah dan benar-benar menyentuh jiwa. Pada masa sama, kami mahu pelanggan menikmati pengalaman menjamu selera yang selesa, hangat dan memuaskan, seolah-olah menikmati masakan rumah yang penuh rasa kasih,” kata wakil Seminyak Indonesian Soulfood.

Dengan pembukaan cawangan kedua ini, Seminyak Indonesian Soulfood kini berada di landasan kukuh untuk terus berkembang sebagai jenama makanan Indonesia yang relevan, dipercayai dan berdaya saing, bukan sahaja di Malaysia malah berpotensi menembusi pasaran serantau pada masa hadapan.

Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjang, Seminyak merancang untuk memperluaskan operasinya melalui pembukaan lebih banyak cawangan di luar Kuala Lumpur, selain mengembangkan portfolio produk makanan berbungkus serta saluran pengedaran. Pada masa sama, jenama ini turut meneroka peluang pengembangan ke pasaran ASEAN melalui kerjasama strategik bersama rakan niaga berpotensi menerusi inisiatif usaha sama (JV).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *