(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2026 “Summer Festival – Kustom Bergaya” Melabuh Tirai

Spread the love

SELANGOR, 3 Ogos 2026 – Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) kembali menjadi tumpuan apabila Art of Speed Malaysia (AOS) meraikan ulang tahun penganjurannya yang ke-15 pada 1 dan 2 Ogos lalu. Festival Kustom Kulture terbesar negara ini menghimpunkan ribuan peminat dari dalam dan luar negara menerusi pameran kenderaan kustom bertaraf dunia, kehadiran tetamu antarabangsa, persembahan muzik, seni serta pelbagai pengalaman interaktif.

Sebagai tanda kejayaan sepanjang 15 tahun penganjurannya, AOS 2026 memperkenalkan konsep ‘Summer Festival’ yang lebih besar dan meriah, menggabungkan dunia automotif, hiburan, kreativiti serta komuniti dalam satu pengalaman festival yang penuh warna-warni. Dengan barisan kenderaan eksklusif, pameran antarabangsa, persembahan SoundCircus Festival serta pelbagai tarikan untuk seisi keluarga, AOS 2026 terus mengukuhkan reputasinya sebagai festival Kustom Kulture terkemuka di Malaysia.

International Guests and VIPs

  1. Emi Suganuma, Michihisa “NATQQ” Shinotsuka & Sohei Murakami dari MOONEYES, Jepun
  2. Wataru Kato dari Liberty Walk, Jepun
  3. Yokomizo Gaku dari Hawgholic, Jepun
  4. Yoshiki Okubo dari Vise Clothing, Jepun
  5. Mark Kirkland dari DicE Magazine, Amerika Syarikat
  6. Ronald Wong, Amerika Syarikat – Lead Product Designer bagi koleksi Hot Wheels Premium
  7. Shigeki Isaka (Jepun) & Ho Shu Yu (Taiwan) mewakili Banzai Racing
  8. Kiyotaka Fukuda dari Boo Pinstriping, Jepun
  9. Keiji Takada dari Jetwrench ArtStudio, Jepun
  10. Ise & James dari Vibes magazine, Jepun
  11. Kozo Yoshida dari Garage Yoshida, Jepun
  12. Doston Mahmudov dari Garage Defend, Jepun
  13. Russell “MOW” Murchie, Australia
  14. Choppajoop, Singapura
  15. SixtySick Paintlab, Indonesia (kumpulan yang terdiri daripada 20 artis pinstripe)
  16. Fahmi Freeflow, Indonesia
  17. Mill Art, Indonesia
  18. Irvine Jasta, Indonesia
  19. Bangkok Hot Rod Show, Thailand
  20. Kustomanila, Philippines
  21. Borneo Kustom Show, Brunei
  22. Kustomfest, Indonesia
  23. Cherrybomb Pin Up Parlour, Singapura
  24. The Wicked Wallop, Singapura
  25. Sunset Ride, Indonesia
  26. BBQ Ride, Indonesia
  27. Carcult, Thailand

Sorotan Antrabangsa

AOS 2026 menampilkan barisan motosikal dan kereta kustom luar biasa dari seluruh rantau dan dunia, termasuk Harley-Davidson Knucklehead 1945 milik Hawgholic dari Jepun serta Harley-Davidson Shovelhead 1966 daripada Vise Clothing.

Festival ini turut menampilkan pameran kenderaan kustom dari Bangkok, Thailand dan Taiwan, selain kemunculan Liberty Walk (LBWK) dari Jepun yang menjadi antara tarikan utama acara tahun ini.

SoundCircus Festival Jadi Tumpuan

SoundCircus Festival (SCF) 2026 menggegarkan MAEPS dengan pengalaman muzik secara langsung yang lebih besar, menampilkan enam pentas di seluruh kawasan festival, dari dalam dewan hingga ruang terbuka.

Barisan artis ternama seperti Ella x Cokelat, Sheila Majid, Nadin Amizah, Disagree, Johnny Pandora, Dannqrack & Eemrun, Hari Slatan, selain sambutan ulang tahun ke-20 Hujan dan ulang tahun ke-30 Asian Hardcore, menjadi antara tarikan utama SCF 2026.

Membawa kemeriahan festival ke tahap lebih rancak, AOS 2026 turut memperkenalkan Flying Fox pertama di Asia yang merentasi kawasan penonton konsert secara langsung, membolehkan pengunjung meluncur di atas Pentas 16 SoundCircus sambil menikmati persembahan dengan penuh adrenalin, satu pengalaman unik yang menggabungkan muzik dan hiburan dalam satu pentas.

Menyokong Masa Depan Kreatif Malaysia

Art of Speed 2026 turut menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures (MyCreative) di bawah program Concert and Events in Malaysia Incentive (CEMI).

Program insentif ini menyokong penganjuran konsert dan acara bertaraf antarabangsa, sekali gus memainkan peranan penting dalam menjayakan SoundCircus Festival 2026 menerusi penyampaian program muzik langsung, persembahan dan pengalaman kreatif yang lebih besar serta berimpak.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekonomi kreatif Malaysia, di samping mengangkat kedudukan negara sebagai destinasi utama bagi acara budaya dan hiburan bertaraf dunia.

Pertarungan Builder Terunggul

Art of Speed Invitational Bike Build-Off kembali menghimpunkan lapan pembina motosikal berbakat yang mempamerkan hasil kerja luar biasa dari segi ketelitian, kreativiti dan inovasi.

Selepas persaingan yang sengit, Mujo Juros dinobatkan sebagai Pemenang Pilihan Juri dan Pemenang Pilihan Pengunjung menerusi kenderaan GPX Gentleman 200, sekali gus menerima pengiktirafan daripada juri dan pengunjung.

Mujo Juros pulang membawa balik wang tunai RM15,000 dan Pemenang Pilihan Juri, membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Hot Wheels Sekali Lagi Menjadi Tumpuan

Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) edisi keempat kembali menjadi tumpuan di Hall C, menghimpunkan komuniti pengumpul, peminat die-cast dan pencinta automotif dalam satu pengalaman penuh nostalgia dan gaya.

Pengunjung berpeluang menyelami dunia Hot Wheels menerusi pelbagai aktiviti interaktif, pameran koleksi eksklusif, sesi komuniti serta ruang jualan yang menjadi lokasi wajib buat para pengumpul.

Menjadi kemuncak acara ialah pelancaran HWCCM 2026 Exclusive Custom Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34) yang hadir dengan nombor siri unik, lesen rasmi Nissan serta pelekat autentik Motul dan Yokohama.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Ronald Wong, Lead Product Designer Hot Wheels Premium, sebagai tetamu khas, selain pameran khas Nissan Skyline GT-R oleh Malaysia Skyline Owners Group (MSOG) bagi meraikan pelancaran model eksklusif tersebut.

Memperluaskan Pengaruh AOS

AOS 2026 terus melangkaui batas dunia automotif dengan membawa lebih banyak kolaborasi, komuniti dan pengalaman gaya hidup yang meraikan semangat Kustom Kulture.

Festival ini memperkenalkan 10 kerjasama baharu bersama jenama tempatan dan antarabangsa termasuk Liberty Walk, Hot Wheels, DICE Magazine, Xocks, DRUM, Touch ’n Go, Zippo, Cricket, Skillo dan Easthood, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara hab Kustom Kulture paling berpengaruh di rantau ini.

Turut mencuri perhatian ialah kolaborasi khas bersama Astro Shaw menerusi promosi filem “Terbang”, menampilkan kenderaan ikonik daripada filem tersebut serta sesi bertemu peminat secara eksklusif.

Bukan sekadar jentera dan enjin, AOS 2026 turut menghidupkan sisi gaya hidup menerusi pelbagai aktiviti komuniti seperti Santai Scooterist & Car Club Gathering, Kids Recreation Zone, serta himpunan dan pertandingan berbasikal KL Orbits, menjadikan festival ini pengalaman untuk semua peringkat umur.

Tarikan Ekslusif Sepanjang Festival

Selain tarikan utama, AOS 2026 terus menawarkan pelbagai pengalaman eksklusif yang menggabungkan automotif, seni, fesyen dan budaya komuniti di seluruh kawasan festival.

Pengunjung berpeluang mendapatkan model diecast edisi khas daripada Kyosho × MOONEYES, Tarmac Works × RWB dan Mini GT × Liberty Walk yang menjadi buruan para pengumpul.

Hall A menjadi tumpuan peminat automotif menerusi pameran bertema seperti Chopper Paradise bersama DicE Magazine, Pick-Up Line, serta barisan kenderaan modifikasi antarabangsa dari Thailand.

Sementara itu, Hall D menghidupkan sisi kreatif Kustom Kulture menerusi Gravel Travel, Custom Bicycle Show & Shine, Kulture Kartel yang menampilkan fesyen vintaj dan streetwear, selain pertandingan B-Boy, rap serta pertunjukan fesyen eksklusif oleh Sunburst Tribe.

Dengan gabungan enjin, seni dan gaya hidup, AOS 2026 membuktikan bahawa Kustom Kulture bukan sekadar menampilkan kenderaan semata-mata, tetapi sebuah budaya yang merentas generasi.

Pengalaman Festival Yang Cukup Lengkap

Selain automotif dan muzik, AOS 2026 turut menyajikan pelbagai pengalaman gaya hidup, santai dan interaktif yang melengkapkan suasana festival.

Pengunjung menikmati pelbagai pilihan makanan di medan selera terbuka, singgah ke Payung Kopi, berhibur bersama Backdoor SoundSystem Collective, serta meneroka Automotive Flea Market dan Collectible Alley di Hall C yang menawarkan alat ganti, model diecast dan pelbagai memorabilia.

Festival ini turut dimeriahkan dengan sesi test rides motosikal, pelancaran produk baharu, aktiviti penaja serta pengagihan sampel produk percuma, menjadikan setiap sudut AOS 2026 dipenuhi aktiviti dan pengalaman menarik sepanjang hujung minggu.

Kembara Passport Cabaran Penuh Ganjaran

Kembara Passport AOS 2026 kembali menjadi antara aktiviti paling mendapat sambutan sepanjang festival, menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung dengan ganjaran hadiah bernilai lebih RM80,000.

Sepanjang berlangsungnya acara, pemegang tiket berpeluang melengkapkan pelbagai cabaran interaktif di reruai korporat dan penaja terpilih bagi merebut hadiah eksklusif, termasuk hadiah utama iaitu motosikal custom Thunder Motorcycles 250 serta Honda HR-V MK1 Japan Edition yang diubah suai khas.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang:
Tan Kok Leong (kamera DJI Action), Ariana (pakej perjalanan ke Thailand Bike Week bersama Art of Speed Malaysia), Muhammad Hazrul bin Jamalludin (Vespa S 125), Nurul Nizam bin Mohamed (kamera DJI Osmo), Nur Hakimah Binti Ramli (perjalanan ke festival muzik di Jakarta), Muhammad Bin Mat Yasin (perjalanan ke BBQ Ride di Bandung), Arsh Rafayed Bin Muhamad Izzatul Firdaus (motosikal custom Thunder Motorcycles 250), serta Amirul Fitri Bin Sharif (Honda HR-V MK1 Japan Edition).

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah istimewa hasil penyertaan mereka dalam Kembara Passport AOS 2026 yang sekali lagi mengukuhkan pengalaman festival sebagai lebih daripada sekadar pameran automotif

Meneroka Selangor Melalui Permotoran

Bersempena AOS 2026, Tourism Selangor turut melancarkan Tourscape @ Selangor, sebuah inisiatif yang menghubungkan minat automotif dengan pengembaraan dan pelancongan. Menerusi Road Trip Fun Maps, pengunjung boleh meneroka 12 daerah di Selangor menggunakan kereta atau motosikal sambil menikmati tarikan, budaya, gastronomi dan pengalaman autentik negeri ini.

Majlis pelancaran disempurnakan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, serta Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling.

Ketiga-tiga mereka turut meluangkan masa meninjau pelbagai tarikan di AOS 2026, sekali gus menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkukuh industri pelancongan, ekonomi kreatif dan budaya automotif menerusi penganjuran festival bertaraf antarabangsa seperti Art of Speed.

Memacu Kustom Kulture Ke Hadapan

Mengulas kejayaan AOS 2026, Pengarah Festival Asep Ahmad Iskandar berkata peningkatan pengaruh antarabangsa festival itu adalah hasil usaha bertahun-tahun dalam membina hubungan erat bersama komuniti Kustom Kulture global, khususnya di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata Art of Speed kini mendapat kepercayaan dan sokongan daripada jenama serta pembina kenderaan terkenal dunia, sambil terus komited memperkasa komuniti automotif kustom tempatan dan mengukuhkan gerakan Kustom Kulture serantau.

“Sokongan antarabangsa yang kami terima mencerminkan apa yang telah dibina oleh Art of Speed selama ini –  bukan sekadar sebuah acara, tetapi sebuah platform yang menghubungkan pembina, jenama, artis dan peminat dari seluruh dunia.

“Seiring perjalanan Art of Speed berkembang ke pentas yang lebih besar, semangat kami tetap sama –  untuk meraikan kreativiti tanpa batas, mengangkat bakat komuniti tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai nadi utama Kustom Kulture di rantau ini.”

Juara Melangkaui Sempadan

Pemenang Best of Show Automobile membawa pulang pakej eksklusif ke Jepun untuk menghadiri 34th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2026, antara acara Kustom Kulture paling berprestij di dunia.

Sementara itu, pemenang Best of Show Motorcycle masing-masing menerima plak penghargaan khas sebagai pengiktirafan terhadap hasil binaan, ketukangan dan kreativiti luar biasa yang dipamerkan.

ANUGERAH KHAS AOS

  1. BEST OF SHOW – AUTOMOBIL

Pemenang :   SHAUN JONATHAN PINTO
Model  :    1957 356 Speedster Replica

  1. BEST OF SHOW – MOTOSIKAL

Pemenang :  THE BANGKOK  BOYS (THANOPORN, APRIL BOYS AND FREESTYLE CUSTOM)

Senarai pemenang AOS2026:

  1. BEST MARKETPLACE

Pemenang :  VESPA

  1. BEST DISPLAY CAR
    Pemenang : MITSUBISHI L200 CYCLONE – KOOKZA LEADERSHIP CUSTOM
  2. BEST DISPLAY MOTORCYCLE

Pemenang :  HILLS ANGELS

Pilihan Tetamu Jemputan

  1. MOONEYES PICK

Pemenang :  LEFTGEKUHT VOLKSWAGEN (EJ 3859)

  1. ABAH & SONS PICK

Pemenang :  JONTOE CYCLE WORKS

  1. BACK WHEEL BITCHES PICK

Pemenang :  RAJA NAQIUDDIN (A490A) GX71 CRESSIDA

  1. BANGKOK HOT ROD CUSTOM SHOW PICK

Pemenang :  ADIPATI BERTIGA

  1. BBQ RIDE PICK

Pemenang :  ADIPATI BERTIGA

  1. BOO PINSTRIPING PICK

Pemenang :  ADIPATI BERTIGA

  1. BORNEO KUSTOM SHOW PICK

Pemenang :  SHAUN JONATHAN PINTO  – 1957 356 Speedster Replica

  1. BANZAI RACING EQUIPMENT PICK

Pemenang :  DATSUN PICKUP SANITORA

  1. CARCULT PICK

Pemenang :  S MAIKEL MOTORS SDN BHD (FH8511)

  1. CHOPPA JOOP PICK

Pemenang :  CAPT CHUA (PX5560)

  1. DicE MAGAZINE PICK

Pemenang : AZHAR ST GAMBLER (PE7665)

  1. FREEFLOW PICK

Pemenang :  MITSUBISHI L200 CYCLONE – KOOKZA LEADERSHIP CUSTOM THAILAND

  1. HAWGHOLIC PICK

Pemenang :  AZHAR ST GAMBLER (PE7665)

  1. IMPACT SPEED FEST PICK

Pemenang :  ROUGH WORLD (RAUH-WELT BEGRIFF)

  1. INFINITE PICK

Pemenang :  LIBERTY WALK (NISSAN SKYLINE)

  1. JETWRENCH PICK

Pemenang :  ADIPATI BERTIGA

  1. JOEY THAI TEAM PICK

Pemenang :  NESTER BOBBY FUGO (WV6583)

  1. KUSTOM MANILA PICK

Pemenang : OMAR JUMIRAN (PRETTY GRANDMA)

  1. KUSTOMFEST PICK

Pemenang :  OMAR JUMIRAN (PRETTY GRANDMA)

  1. LIBERTY WALK PICK

Pemenang: ROYAL ENFIELD BOOTH

  1. RONALD WONG PICK

Pemenang: OGBC MOTOSPORT AKA99

  1. SIMON GARAGE CHINA PICK

Pemenang: NISSAN HAKOSUKA KPGC10 IMPACT SPEED THAILAND

  1. SUZZY HELMET PICK

Pemenang: AZHAR ST GAMBLER (PE 7665)

  1. VIBES MAGAZINE PICK

Pemenang: KABUTO

  1. VISE CLOTHING PICK

Pemenang: 8BU 1952 (THANAPORN)

  1. WICKED WALLOP PICK

Pemenang: SYUKRI YUNUS (SY1984)

  1. SIXTYSICK PAINTLAB PICK

Pemenang: DANISH HAFIZ VAG5100

Pilihan Rakan Kerjasama

  1. BELLO PICK

Pemenang :  70 MOTORSPORT (NISSAN SKYLINE GTR-34, VLW 70)

  1. BLOKEES PICK

Pemenang :  LIBERTY WALK (NISSAN SKYLINE GTR34)

  1. DURIAN BIKERS PICK

Pemenang :  AINI AJIB (XMAK 440CC TURBO CHARGED)

  1. EXN PICK

Pemenang :  SPEEDY GT402

  1. HARLEY-DAVIDSON OF MALAYSIA PICK

Pemenang :  NAGID MUSTAFA (JUU 9913)

  1. HAUSBOOM PICK

Pemenang :  PERFORMANCE HAUZ (NY 97)

  1. HOT WHEELS PICK

Pemenang :  OGBC MOTORSPORT (AKA 99)

  1. IGL PICK

Pemenang : NESTER BABY FUEGO (WV 6583)

  1. KOPI SAIGON PICK

Pemenang : AQID ANAQY B NOR AZMI (BRN 74)

  1. KYOSHO PICK

Pemenang :   WHITE EK9 (QARTEL)

  1. LAMBRETTA PICK

Pemenang :  MOHD NASIR B MAHMOD (NB 7405)

  1. PETRONAS PICK

Pemenang : MOHD SYAHRIL B JAMALUDDIN (WDE 283)

  1. QARTEL TV PICK

Pemenang :  AINI AJIB (XMAX 440CC TURBO CHARGED)

  1. ROYAL ENFIELD PICK

Pemenang :  OMAR JUMIRAN (PRETTY GRANDMA)

  1. SUPER SUNDAY PICK

Pemenang : SHAUN JONATHAN PINTO  – 1957 356 Speedster Replica

  1. TARMAC PICK

Pemenang :  MR. HO DATSUN BLUEBIRD 510 KPGC (2356-V9)

  1. THUNDER MOTORCYCLE PICK

Pemenang: ADIPATI BERTIGA

  1. TOURISM SELANGOR PICK

Pemenang: SATREN DE SILVA (ABY 1293)

  1. TRIUMPH PICK

Pemenang: AZBEDER90S TRIUMPH T21

  1. VESPA PICK

Pemenang: SCOMADNESS MOTORWORKS (RAK 5006)

 

Pemenang AOS206 Show & Shine

KATEGORI BASIKAL

  1. TERBAIK OPEN LOWRIDER

Pemenang :  LIL JEFE X DOUBLE DICE CREW

  1. TERBAIK GRAVEL TRAVEL BIKE – (SOROTAN)

Pemenang : THE PIPE DREAM ALICE

  1. TERBAIK FABRICATION
    Pemenang :  MOHD UBAIDULLAH (MARVALLA 084)
  2. TERBAIK PAINT
    Pemenang :  GT 1981 OUTPOST – MOHD ZULFAHMIE
  3. TERBAIK LIVERY DESIGN     

Pemenang :  JEFRRY – STRIKE BY FABIO CAVILI

KATEGORI AUTOMOBIL

  1. TERBAIK CLASSIC EURO

      Pemenang :   BMW E38 – QARTEL

  1. TERBAIK MODERN EURO

       Pemenang : PORSCHE RWB 997 – YIPYEET

  1. TERBAIK USA

       Pemenang :  FORD MUSTANG – 70 MOTORSPORT

  1. TERBAIK JDM PRE 2000

       Pemenang :  NISSAN SKYLINE KG110 KENMERI – MR LONGLAM

  1. TERBAIK JDM ABOVE 2000

       Pemenang :  NISSAN SKYLINE R34 GTR – AZMAWIE YASIN

  1. TERBAIK NATIONAL HEROES

       Pemenang : PROTON WIRA RALLY CONCEPT – SAIFUL

  1. TERBAIK RADIKAL

       Pemenang :  GBK SILHOUETTE MERCEDES W123 – BWB

  1. TERBAIK VW AIR-COOLED

       Pemenang :  VW BEETLE RWB – TANJIA SEAN

  1. TERBAIK RAT LOOK

       Pemenang :  CHEVROLET 3100 – JOEY

  1. TERBAIK RACE CAR

       Pemenang :  DATSUN 510 COUPE RACECAR – WADI FAROIB AUTOSPORT

  1. TERBAIK ADVENTURE

       Pemenang :   BTB TOYOTA LANDCRUISER II –  BY THE BILLION

  1. TERBAIK PICKUP LINE – (HIGHLIGHTS)

       Pemenang : MITSHUBISHI L200 CYCLONE – KOOKZA LEADERSHIP CUSTOM

  1. TERBAIK WAGON

       Pemenang :   TOYOTA KE36 – FAROIB AUTOSPORT

  1. TERBAIK VAN

       Pemenang :  TOYOTA HIACE COMMUTER – MUHAMMAD NUR FIQRI

  1. TERBAIK STANCE

       Pemenang :  MINI COOPER – MUHAMMAD AKIF

  1. TERBAIK K CAR

       Pemenang :   PAJERO MINI – MOHD HELMI

  1. TERBAIK OPEN CLASS

       Pemenang :   – 1957 356 Speedster Replica

  1. TERBAIK WILD COLOUR

       Pemenang :   NISSAN SKYLINE R34 GTR – AZMAWIE YASIN

  1. TERBAIK INTERIOR

       Pemenang :  VW BEETLE – DEMICA

  1. TERBAIK ENGINE BAY

       Pemenang :  DODGE CHARGER

  1. TERBAIK RIM SET

       Pemenang :   LAMBORGHINI AVENTADOR – REY GENJI

  1. TERBAIK LOWERED

       Pemenang :    1957 356 Speedster Replica

  1. TERBAIK LIFTED

       Pemenang :  FORD RANGER – IGL

  1. TERBAIK LIVERY DESIGN

       Pemenang :  MINI COOPER LEICA – ANDREW LAU

  1. TERBAIK ENGINEERING

       Pemenang : SAMING – KK GARAGE

  1. TERBAIK FABRICATION

       Pemenang :  tiada

  1. TERBAIK PAINT

       Pemenang :  FORD MUSTANG – 70 MOTORSPORT

KATEGORI MOTOSIKAL

  1. TERBAIK CHOPPER PARADISE ABOVE 401CC – (HIGHLIGHTS)

Pemenang :  DANISH HAFIZ (VAG 5100)

  1. TERBAIK CHOPPER PARADISE BELOW 400CC – HIGHLIGHTS)

Pemenang :  JONTOE CYCLE WORKS

  1. TERBAIK CAFE RACER ABOVE 401CC

Pemenang :  JD 23 (NORTON DOMIRACER)

  1. TERBAIK JAP STYLE & TRACKER ABOVE 401CC

Pemenang :  MACR   

  1. TERBAIK JAP STYLE & TRACKER BELOW 400CC

Pemenang : JONTOE CYCLE WORKS

  1. TERBAIK MODERN HARLEY-DAVIDSON

Pemenang :  PERFORMANCE HOUSE (MONARCH) NY97

  1. TERBAIK CLASSIC HARLEY-DAVIDSON

Pemenang : BANGMAN (DJ270) 1981 ELECTRA GLIDE

  1. TERBAIK CLASSIC SCOOTER

Pemenang :   ACHONG (ROSAX CARBON)

  1. TERBAIK MODERN SCOOTER

Pemenang : MOHD NAJIB (44 MOTOR) (5XK 8608)

  1. TERBAIK RETRO JAPANESE

Pemenang:  HAIR JOHARI (PAP 2360)

  1. TERBAIK ALL MAKES MODERN BIKE

Pemenang :  MOHD RAHMAT (PQT 4606)

  1. TERBAIK CLASSIC CONTINENTAL

Pemenang : AZBEDER 90S

  1. TERBAIK ENGINEERING

Pemenang : PERFORMANCE HOUSE (MONARCH) (NY97)

  1. TERBAIK FABRICATION

Pemenang : OMAR JUMIRAN (PRETTY GRANDMA)

  1. TERBAIK TANK DESIGN

Pemenang : RACHUN MOTORCLUBS

  1. TERBAIK PAINT

Pemenang :  SCOMADNESS MOTORWORKS (RAK 5006)

  1. TERBAIK LIVERY DESIGN

Pemenang : MOHD NAJIB (44 MOTOR) (JXK 8608)

  1. TERBAIK OPEN CLASS

Pemenang:  OMAR JUMIRAN (PRETTY GRANDMA)

 

Untuk lebih maklumat mengenai acara ini, sila layari di pautan ini www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *