(SEMASA) AVETA MEMPERKENALKAN GAYA EKSKLUSIF DAN PILIHAN BAHARU UNTUKPENGEMBARAAN MENERUSI NOVA 200 EDISI TERHAD DAN FALCON 180

Spread the love

SETIA ALAM, SELANGOR, 18 OKTOBER 2026 – Aveta Malaysia terus berkembang dalam pasaran motosikal tempatan menerusi pelancaran Nova 200 Edisi Terhad dan Falcon 180 di Aveta Mega Gathering 2026 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Menggabungkan reka bentuk tersendiri, keupayaan pengembaraan dan kemudahan harian, kedua-dua model ini mencerminkan komitmen Aveta untuk membangunkan motosikal  berdasarkan keperluan dan aspirasi penunggang.

Bagi sesetengah penunggang, tarikan utama ialah memiliki motosikal dengan penampilan yang berbeza. Bagi yang lain, ia merupakan kebebasan untuk meneroka laluan baharu, menyertai konvoi hujung minggu atau membawa semangat pengembaraan dalam perjalanan harian. Keperluan berbeza ini menjadi asas kepada penawaran terbaharu Aveta: sebuah skuter sport edisi terhad untuk mereka yang mengutamakan eksklusiviti, serta sebuah skuter pengembaraan yang menggabungkan ciri yang memenuhi keperluan penunggang serta memudahkan kegunaan harian.

Pendekatan ini bermula dengan kehendak asas seorang penunggang: “Saya mahukan motosikal yang memenuhi keperluan harian, mencerminkan personaliti saya dan membolehkan saya menikmati lebih banyak pengalaman menunggang.” Aveta menjawab keperluan ini menerusi reka bentuk yang teliti, kelengkapan yang praktikal dan pilihan produk yang lebih luas.

NOVA 200 EDISI TERHAD — GAYA EKSKLUSIF, TERHAD KEPADA 1,688 UNIT

Nova 200 Edisi Terhad memperkenalkan penampilan baharu dalam siri Nova, menawarkan versi skuter sport Aveta yang lebih eksklusif. Terhad kepada hanya 1,688 unit, model ini diperkenalkan dalam warna Cyber Yellow yang menyerlah, bersama reka bentuk baharu pada bahagian visor. Pembaharuan ini memberikan penampilan tersendiri sambil mengekalkan karakter sport model tersebut.

Rim baharu berwarna emas melengkapkan padanan warna yang berani, manakala pelekat Edisi Terhad pada bahagian tengah menambah sentuhan eksklusif. Gabungan ini memberikan penampilan yang lebih premium dan menyerlahkan identiti edisi khas tersebut.

Direka untuk penunggang yang mengutamakan gaya tersendiri, edisi khas ini menggabungkan kepraktisan harian Nova 200 dengan penampilan eksklusif. Ia menjadi pilihan menarik untuk peminat siri Nova serta penunggang yang mahukan skuter yang mencerminkan personaliti mereka. Nova 200 Edisi Terhad hanya ditawarkan melalui rangkaian “Aveta Preferred Dealers”.

FALCON 180 — DIREKA UNTUK PENGEMBARAAN, PRAKTIKAL UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Falcon 180 menggabungkan keupayaan pengembaraan dengan kepraktisan harian, sesuai untuk peminat pengembaraan dan laluan luar jalan, penunggang jarak jauh serta mereka yang ingin beralih daripada motosikal berkapasiti lebih kecil. Reka bentuk lasak dan ciri praktikalnya memenuhi keperluan penunggang yang mahukan skuter serba guna untuk perjalanan harian, aktiviti hujung minggu dan perjalanan yang lebih jauh. Enjin 174cc empat injap dengan penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik Bosch menghasilkan kuasa 13.6 kW serta tork 17.2 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT untuk memudahkan tunggangan harian.

Fork hadapan terbalik, penyerap hentak belakang dengan takungan gas luaran dan kelegaan tanah 140mm melengkapkan ciri pengembaraannya. Kedudukan pemijak kaki kedua membolehkan penunggang berdiri ketika melalui laluan luar jalan, sekali gus memudahkan mereka mengalihkan berat dan menyesuaikan kedudukan badan di permukaan tidak rata. Sistem ABS dwi saluran dan kawalan cengkaman (TCS) yang boleh dihidupkan atau dimatikan, bersama hendal dan penghadang angin boleh laras, memberikan lebih fleksibiliti kepada penunggang.

Tangki bahan api 14 liter, skrin sentuh TFT tujuh inci, kamera rakaman hadapan terbina dalam dan sistem kunci pintar menambah kemudahan harian. Ruang simpanan yang luas, pencahayaan LED sepenuhnya dan Sistem Henti Melahu (ISS) yang boleh dihidupkan atau dimatikan melengkapkan ciri praktikal model ini.

Falcon 180 ditawarkan dalam pilihan warna Storm Grey, Sahara Bronze dan Alpine White.

Nova 200 Edisi Terhad dan Falcon 180 menawarkan dua pilihan berbeza untuk penunggang menampilkan gaya tersendiri dan menikmati pengalaman menunggang. Pengenalan kedua-dua model ini mengukuhkan fokus Aveta untuk mendengar keperluan penunggang dan menterjemahkannya kepada produk yang menggabungkan identiti, fungsi dan nilai untuk kegunaan harian.

Untuk maklumat lanjut, layari www.aveta.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *