SELANGOR, 30 OKTOBER 2026 – CFMOTO memperkenalkan CFMOTO 500SR ke pasaran Malaysia bersempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2026.
Pengunjung juga berpeluang menyertai sesi bertemu peminat bersama pelumba Daniel Holgado (#96), David Alonso (#80), Maximo Quiles (#28) dan Marco Morelli (#97) pada 31 Oktober 2026, jam 4:30 petang.
Ditawarkan pada harga RM29,988.00, CFMOTO 500SR boleh didapati menerusi pengedar sah CFMOTO Malaysia. Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Galaxy Gray dan Nebula White.
Dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris, empat lejang, DOHC dan penyejukan cecair berkapasiti 500 cc, CFMOTO 500SR menghasilkan kuasa maksimum 58kW pada 12,500 rpm, yang meningkat kepada 61 kW ketika sistem RAM AIR berfungsi.
Enjin ini turut menjana tork maksimum 49 N.m pada 10,000 rpm dan dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik BOSCH bagi menyokong penyaluran kuasa yang lancar serta responsif.
Antara teknologi enjin yang digunakan termasuk sistem pengambilan udara berkelajuan tinggi RAM AIR, silinder aluminium, omboh dan aci engkol tempa, rod penyambung jenis fracture-split serta sistem pemasaan BorgWarner.
Dari segi reka bentuk, CFMOTO 500SR menampilkan penampilan agresif menerusi panel badan penuh dengan garisan sporty, bahagian belakang yang kompak dan aerodinamik serta ekzos kedudukan tinggi dengan kemasan bersudut.
Bagi memastikan pengendalian yang mantap, motosikal ini menggunakan rangka tiub keluli kromium-molibdenum 20 CrMo serta fork hadapan jenis USD berdiameter 41 mm yang boleh dilaraskan melalui 30 tahap prabeban dan 16 tahap lantunan. Suspensi belakang jenis multi-link turut menawarkan pelarasan prabeban dan lantunan.
Sistem suspensi ini menyediakan jarak gerak 120 mm di hadapan dan 130 mm di belakang, manakala rim aloi aluminium dipadankan dengan tayar CST S3N bersaiz 120/70 R17 di hadapan dan 160/60 R17 di belakang.
Sistem membrek terdiri daripada cakera berkembar 300 mm di hadapan dengan angkup NISSIN empat omboh bertentangan serta cakera tunggal 220 mm di belakang dengan angkup jenis terapung.
Bagi meningkatkan keselamatan ketika tunggangan, CFMOTO 500SR dilengkapi sistem ABS dua saluran dengan mod Supermoto, sistem kawalan cengkaman (TCS) dengan dua tahap pelarasan serta pilihan untuk dinyahaktifkan, penyerap hentak stereng boleh laras 24 tahap dan sistem isyarat berhenti kecemasan (ESS).
Beralih kepada kelengkapan teknologi, model ini dilengkapi paparan TFT berwarna bersaiz 6.2 inci dengan fungsi MotoPlay, port pengecasan USB Type-A dan Type-C dengan output 18 W serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
Lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat menggunakan teknologi LED. CFMOTO 500SR turut dilengkapi quickshifter untuk pertukaran gear ke atas, manakala pemegang tangan berpemanas dengan lima tahap pelarasan.
CFMOTO 500SR mempunyai dimensi panjang 2,030 mm, lebar 705 mm dan tinggi 1,185 mm, dengan jarak roda 1,395 mm serta ketinggian tempat duduk 790 mm atau 795 mm. Kapasiti tangki bahan api ialah 15.5 liter, manakala berat dengan cecair operasi ialah 192 kg.
Model ini turut menggunakan klac berbilang plat jenis basah dengan fungsi slipper clutch dan memenuhi piawaian emisi Euro 5+.
Dengan setiap pembelian CFMOTO 500SR, para pembeli boleh menikmati waranti selama 2 tahun. Perlindungan komprehensif penuh merangkumi tempoh 2 tahun atau sehingga 20,000 km (yang mana terdahulu). Sekiranya perbatuan melebihi 20,000 km dalam tempoh 2 tahun tersebut, komponen enjin kekal dilindungi di bawah waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti yang ada.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh CFMOTO Malaysia.
Tertakluk kepada terma dan syarat
(SEMASA) PELANCARAN RASMI CFMOTO 500SR DI ACARA PERLUMBAAN BERPRESTIJ.
Spread the love
Spread the love
