PUTRAJAYA, 31 Oktober 2026 — Ubermen, jenama penjagaan diri lelaki tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah Tohtonku, hari ini melancarkan secara rasmi rangkaian baharu Aura Eau De Parfum (EDP) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya. Menampilkan empat pilihan haruman tersendiri, koleksi ini membolehkan lebih ramai lelaki Malaysia menikmati wangian berkualiti dengan haruman berpanjangan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri harian mereka.
Ubermen memperkenalkan Ubermen Aura, rangkaian baharu yang berteraskan kepercayaan bahawa keyakinan sebenar tidak perlu ditonjolkan secara berlebihan. Sebaliknya, keyakinan hadir secara bersahaja, teguh dan mencerminkan diri seseorang. Melalui reka bentuk yang ringkas, kesegaran berpanjangan dan ciri haruman maskulin yang bersahaja, rangkaian ini menghubungkan penjagaan diri dengan ekspresi peribadi.
Pelancaran Ubermen Aura EDP melengkapkan rutin penjagaan diri menyeluruh jenama ini. Lima varian Aura Deodorant Roll-On menawarkan perlindungan daripada bau badan sehingga 96 jam, manakala empat pilihan haruman Aura EDP baharu memberikan keharuman berpanjangan sehingga 72 jam. Bersama-sama rangkaian deodoran dan produk penggayaan rambut terlaris Ubermen, portfolio ini menyediakan rutin lengkap untuk lelaki tampil kemas, kekal segar dan menyerlahkan gaya peribadi dengan yakin.
Pelancaran ini menzahirkan mesej jenama Ubermen, “Janji Wangi, Baru Konfiden”. Mesej ini mencerminkan kepercayaan jenama bahawa haruman membantu lelaki berasa lebih bersedia, mengekspresikan keperibadian mereka dan tampil dalam pelbagai suasana dengan lebih yakin.
Apabila kita wangi, kita berasa lebih bersedia. Dan apabila kita bersedia, kita berasa lebih yakin. Hari ini, kami bukan sekadar melancarkan rangkaian wangian baharu. Kami turut memperkenalkan cara baharu untuk lelaki Malaysia mengekspresikan keperibadian dan keyakinan mereka setiap hari,” kata Puan Lim Bee Gaik, Ketua Pemasaran Tohtonku Malaysia.
Pelancaran ini diadakan bersempena dengan Ubermen Jom Lepak Mamak, kempen utama tahunan jenama ini yang meraikan budaya lepak masyarakat Malaysia melalui bola sepak dan persahabatan. Kempen ini mendekatkan Ubermen dengan golongan lelaki muda Malaysia melalui minat bersama dan suasana sosial yang dekat dengan kehidupan mereka, sambil mengetengahkan peranan penjagaan diri dan wangian dalam membina keyakinan harian.
Rangkaian Ubermen Aura boleh didapati di seluruh negara. Ubermen Aura Eau De Parfum (100 ml) dijual pada harga RM42.90 di 350 cawangan Watsons, manakala Ubermen Aura Deodorant Roll-On (50 ml) dijual pada harga RM13.50 di 433 cawangan Watsons. Kedua-dua produk ini turut boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Ubermen di ubermen.com.my.
MAKLUMAT PRODUK (Aura Eau De Parfum)
Heartbreaker — Berani. Konfiden. Berkarisma.
Untuk lelaki yang tampil berani dan berkarisma. Kesegaran beri juniper dan lemon dipadankan dengan kehangatan sage dan cashmeran, manakala kasturi, vetiver dan ambar melengkapkan haruman dengan sentuhan maskulin yang memikat.
Dreamer — Tenang. Moden. Kasual
Untuk lelaki yang sentiasa tenang. Sitrus dan pudina yang menyegarkan diadun dengan nota herba serta bunga, sebelum berakhir dengan kelembutan ambar yang menyerlahkan karakter santai dan bebas.
Mr Gentleman — Segak. Kekal Segar. Berkarisma
Untuk lelaki yang menyerlah melalui keyakinan yang bersahaja. Kesegaran sitrus dan raspberi dipadankan dengan keanggunan melur, manakala kehangatan nota kayuan, biji tonka dan gaharu melengkapkan haruman dengan sentuhan halus yang memikat.
The Executive — Yakin. Memikat. Maskulin
Untuk lelaki berwawasan yang berani memimpin. Bergamot, oren dan nota hijau berempah dipadankan dengan bunga oren, manakala ambar, nilam dan nota kayuan melengkapkan haruman yang berani dan penuh keyakinan.
MAKLUMAT PRODUK (Aura Deodorant Roll-On)
Dark Force – Berani dan Yakin
Haruman kayuan dan ambar yang maskulin.
Ocean Cool – Segar dan Bertenaga
Haruman marin yang segar dan membangkitkan tenaga.
Cool Leaf – Bersih dan Natural
Haruman hijau dan sitrus yang menyegarkan.
Stormwood – Matang dan Elegan
Haruman kayuan yang hangat dan elegan.
Icy Alloy – Moden dan Segar
Haruman metalik yang bersih dan segar.
