Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd (CCBM) secara rasminya melancarkan rantai pengeluaran baru bagi produk Coca-Cola, Sprite, A&W, Fanta dan Dasani di kilang Bandar Enstek hari ini.
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Rantai pengeluaran baru ini boleh mengeluarkan 750 botol minuman dalam masa setiap minit, dan dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran di kilang itu sebanyak 20%.
Kilang Bandar Enstek mula beroperasi pada tahun 2011 dan kini, ianya merupakan salah satu kilang pembotolan Coca-Cola tercanggih dan produktif di rantau ini. Kilang ini mengeluarkan minuman berjenama Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W, Schweppes, Heaven and Earth dan Minute Maid Pulpy, serta air minum Dasani, bagi pasaran Malaysia.
“Coca-Cola menjalankan perniagaan pembotolon di Malaysia sejak tahun 1936 lagi, dan kami amat bangga dengan kilang di Negeri Sembilan ini kerana ia dapat memenuhi permintaan minuman keluarannya untuk seluruh negara, sekali gus memberi sumbangan besar kepada ekonomi tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CCBM, Stephen James Lusk pada majlis pelancaran tersebut.
“Kos bagi pembangunan rantai pengeluaran baru ini merangkumi sebahagian daripada pelaburan RM1 bilion di Malaysia seperti yang dijanjikan oleh The Coca-Cola Company apabila menentukan Nilai sebagai pusat pengeluarannya. Pelaburan ini mencerminkan keyakinan kami terhadap Negeri Sembilan, pasaran Malaysia dan juga warga tempatan yang bekerja dengan kami,” tambah Lusk.
Kilang mesra alam seluas 123,024 meter persegi ini adalah salah satu daripada beberapa kilang di Malaysia yang ditauliahkan dengan pensijilan LEEDS peringkat Gold. Tambahan kepada tarafnya sebagai kilang pembotolan termoden di rantau Asia, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada 800 rakyat Malaysia dengan kira-kira 10 lagi pekerja di peringkat pembekalan, pengedaran dan perniagaan.
Coca-Cola merupakan peneraju pasaran tempatan dan global dari segi inovasi penjualan dan pemasaran. Lebih daripada 95 peratus bahan mentah diperoleh di Malaysia dalam pengeluaran pelbagai jenis minuman di bawah kategori “Halal, tanpa alkohol dan sedia untuk diminum”.
CCBM adalah salah satu pemenang anugerah Syarikat Tempat Kerja Terbaik dalam penganugerahan Asia Awards 2014 anjuran jurnal perdagangan HR Asia, di antara 220 syarikat yang bersaing untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
CCBM bekerjasama dengan institusi pengajian dan teknikal Politeknik Port Dickson dalam latihan industri di kilang ini dengan membekalkan pengalaman persekitaran pekerjaan dan proses pengeluaran kepada pelajar kejuruteraan tahun akhir. Mereka turut diberi peluang untuk menyertai syarikat ini apabila selesai pengajian nanti.
Kehadiran Coca-Cola di Malaysia, khususnya di Nilai, memperlihatkan penglibatan aktif dalam kegiatan komuniti tempatan. Pada bulan Ramadan tahun ini, Coca-Cola telah berganding bahu dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk mengadakan sebuah majlis berbuka atau Iftar bersama masyarakat tempatan di bawah program tahunan badan bukan kerajaan ini yang dipanggil Fast2Feed.
Iftar untuk komuniti daif tersebut telah diadakan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan dan Coca-Cola telah menaja majlis berbuka puasa yang berdekatan dengan tapak pengeluarannya di Maahad Tahfiz Kampung Jijan di Nilai, Negeri Sembilan, dan Masjid Kampung Salak Tinggi di Sepang, Selangor.
Selain itu, Coca-Cola juga berazam untuk membantu masyarakat luar bandar di Sabah untuk mendapat akses kepada air bersih. Coca-Cola telah menyumbangkan kewangan sebanyak RM700,000 bagi membiayai projek-projek di bawah program “Clean Water For Communities” dan setakat ini berjaya menyediakan air bersih untuk 37 buah kampung terpencil di Sabah.
Mengenai The Coca-Cola Company
The Coca-Cola Company (NYSE: KO) sebuah syarikat minuman terbesar di dunia. Ia memenuhi permintaan pengguna dengan mengeluarkan 500 lebih jenama minuman berkarbonat dan tanpa karbonat sejak turun temurun lagi. Dengan permulaan kecil-kecilan dengan jenama Coca-Cola, syarikat ini kini berkembang maju menjadi sebuah organisasi yang agam dan terkenal di seluruh dunia. Portfolio syarikat memperagakan jenama-jenama hebat seperti Diet Coke, Fanta, Sprite, Coca-Cola Zero, vitaminwater, Powerade, Minute Maid, Simply, Georgia dan Del Valle yang sekali gus bernilai 15 bilion dolar. The Coca-Cola Company juga pembekal No 1 minuman berkarbonat, kopi sedia diminum, jus, dan minuman jus di dunia. Dengan menjana sistem pengedaran minuman terbesar di dunia, pengguna dari 200 lebih negara dapat menikmati minuman keluarannya dengan kadar 1.9 bilion unit sehari. Dengan komitmen kuat ke arah mewujudkan masyarakat mampan, The Coca-Cola Company memberi banyak tumpuan kepada inisiatif untuk mengurangkan jejak alam sekitar, menggalakkan kehidupan aktif dan sihat, mewujudkan persekitaran kerja yang selamat di syarikat sekutunya, dan meningkatkan pembangunan ekonomi masyarakat di sekitar tapak operasi. Bersama dengan syarikat pembotolan Cocal-Cola, organisasi ini dikenali sebagai antara 10 majikan swasta di dunia yang paling besar dengan menawarkan 700,000 lebih peluang pekerjaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Coca-Cola journey di www.coca-colacompany.com, ikuti perkembangannya di twitter.com/CocaColaCo, layari blog Coca-Cola Unbottled di www.coca-colablog.com atau hubungi kami melalui LinkedIn di www.linkedin.com/company/the-coca-cola-company.