(SEMASA) MARI RAIKAN KELAHIRAN SEMULA BEE YANG BAHARU

Kuala Lumpur, 21 Jun 2019 – Terletak di satu sudut khas di Publika, The Bee kini sedang dicipta semula bagi membawa pengalaman baharu lagi unik ke suasana sosial sini. Sejajar dengan statusnya sebagai lokasi utama untuk persembahan muzik tempatan, serantau dan antarabangsa, The Bee kini menawarkan ruang lantai yang lebih besar untuk 850 pengunjung, sistem audio bertaraf antarabangsa yang dipadankan dengan sebuah pentas ‘megadeck’ boleh suai, reka bentuk terkini baharu dan lokasi serba boleh bagi memastikan lebih ramai penggemar muzik berpeluang menikmati lagu-lagu kegemaran mereka.

Sebelum ini dikenali sebagai tempat untuk muzik indie, Bee baharu kini memperluaskan dunia muziknya bagi merangkumi pelbagai jenis genre yang lebih luas. Daripada pop hingga ke techno dan punk rock, The Bee bakal menjadi institusi muzik terunggul di Kuala Lumpur.

Tidak terhad kepada hanya muzik, barnya juga telah diolah semula. Apa yang membentuk sebuah bar yang hebat? Sesetengah tempat menekankan estetika, keanggunan dan tema, tetapi bar di The Bee memberi tumpuan kepada menawarkan menu minuman yang mengagumkan buat para pengunjung. Selain daripada rangkaian minuman milkshake beralkohol, senarai koktel tersendiri mereka terdiri daripada campuran tempatan yang merangkumi: Grown-Up Cincau, Amarula Shake dan interpretasi klasik ke atas Paloma. Direka sebagai hub bagi mencipta minuman bergaya yang kreatif, bar di The Bee juga akan membariskan beberapa pakar pencampur terunggul dari segenap pelusuk dunia bagi melayan pengunjung yang menggemari minuman koktel yang hebat.

The Kitchen yang juga telah dicipta semula, akan menjadi dapur pop-up yang pertama seumpamanya di Malaysia dan akan menjadi tuan rumah bagi beberapa jenama paling terkenal dari seluruh dunia. Konsep dapur pop-up akan berlangsung sepanjang tahun di mana beberapa pakar juadah istimewa dari seluruh rantau akan mengambil alih dapur The Bee dan menghasilkan beberapa sajian terulung mereka untuk penggemar makanan yang arif. Bukan itu sahaja, Chef The Bee masih akan menyediakan sajian kegemaran harian seperti Jamaican Jerk Roasted Chicken, Spiced Beef Kebab Skewers, Pasta Mushroom Spinach dan banyak lagi. Mereka juga akan membuka pintu mereka (buat pertama kalinya) untuk sarapan pagi dan makanan bawa pulang untuk makan tengahari, happy hour dan makan malam.

“Kami merungkai cara hiburan, makanan dan minuman sedang dipersembahkan di suasana sosial. Pasukan dan saya telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama beberapa dekad dan satu perkara yang kami ingin tawarkan kepada pelanggan kami adalah satu tempat di mana mereka dapat mengalami beberapa persembahan secara langsung serta F & B terunggul di malam hari. Ianya bukan terhad kepada satu perkara sahaja, sebaliknya para pengunjung dapat menikmati segala-galanya di bawah satu bumbung dan mengalami pengalaman yang sentiasa berubah-ubah pada bila-bila masa mereka mengunjungi The Bee,” kata Rahul Kukreja, Pengarah, Perkongsian Jenama & Penempahan Bakat.

Jadi, jika anda menggemari makanan yang enak, ingin menguji keupayaan minuman anda dengan pelbagai rangkaian koktel The Bee atau ingin menyaksikan antara persembahan secara langsung yang paling memukau di Malaysia, pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan The Bee di platform media sosial mereka agar anda tidak ketinggalan.

Untuk maklumat lanjut, sila log masuk ke www.thebee.com.my | www.facebook.com/thebeemy | www.instagram.com/thebeemy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *