Tag: Nora Danish

(HIBURAN) Farid Kamil dan Nora Danish bertemu kembali di dalam “ Pengantin Malam”

10436243_769713206383619_4765382327234880754_nGMO

Agak lama juga kedua-dua pelakon ini tidak dipasangkan semenjak filem terakhir mereka iaitu “Bencinta” yang juga filem terbitan MIG METROWEALTH.  Jika sebelum ini lakonan mereka menerusi filem “Bencinta” lebih bergenre kan romantik dan aksi, kali ini filem arahan pengarah  Eyra Rahman ini akan menguji lakonan pasangan ini dalam genre filem bercorak seram pula. Filem ke 93 terbitan MIG METROWEALTH ini mempunyai intipati dan elemen seram dan mendebarkan, masakan tidak di malam tayangan perdana di Sunway Pyramid pada tempoh hari kedengaran luahan isihati penonton yang berkata, kerusi panggung wayang terasa bergetar atau tersentak akibat tindakan refleks para penonton yang terkejut malam tersebut. Bunyinya macam kelakar, tetapi itu lah hakikatnya. Nantikan filem seram “PENGANTIN MALAM” di pawagam 19 Jun ini. Read more →

(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013

sepahtu-mlm-finaleGMO

Seperti yang dijangka ramai, kumpulan  SEPAHTU  telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi. Read more →

(HIBURAN) Teater “Bahayanya Wanita”

IMG_1197crop

Teater Bahayanya Wanita bakal dipentaskan pada 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Teater tersebut akan mendedahkan kehidupan berpoligami dan tidak bertujuan untuk merendahkan konsep keluarga tersebut. Menurut Umie Aida , masyarakat perlu memandang ia dari sudut positif yang sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti. Teater bergenre komedi dipilih berikutan tren penonton yang lebih gemar kepada bahan jenaka dan santai berbanding drama berat. Teater yang diterbitkan oleh Frensis Sdn Bhd ini turut dibarisi Erra Fazira, Zizan Razak, Nora Danish dan Johan Ashari. Read more →

(HIBURAN) Romantika ” Mencari Cinta ” satukan Rusdi Ramli dan Nora Danish

460682_247216758724788_498132887_ocropSMALL

Filem “Mencari Cinta”  lakonan Nora Danish dan Rusdi Ramli bakal ditayangkan pada 25 April 2013 di seluruh negara . Filem yang diarahkan oleh Shirin Haji Khuzaimi ini bergenre romantik percintaan dan dimasukkan sedikit elemen – elemen komedi. Antara barisan pelakon utama mencari cinta antaranya Rusdi Ramli, Nora Danish, Fauziah Gous, Riezman Khuzaimi  dan Connie Ahmad.
Read more →

(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

IMG_5890EDITSMALL GMO

TERBAIK..ungkapan yang sesuai bagi mengambarkan konsert solo mega pertama Anuar Zain selepas 30 tahun berada di dalam industri muzik tanah air. Lelaki yang menjadi kegilaan ramai peminat di Malaysia telah berjaya menghiburkan dan memukau lebih 6000 peminat yang memenuhi segenap ruang Stadium Malawati Shah Alam , Selangor sempena Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

Read more →