Kuala Lumpur, 23 Ogos 2024 – Saksikan gabungan dua jenama ikonik, Keluang Man dan Wonda Coffee bersatu dalam kolaborasi yang penuh mengujakan! Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee dengan bangganya melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Kini boleh didapati di seluruh negara, kerjasama ini bukan sahaja meraikan rasa kaya yang digemari rakyat Malaysia tetapi turut memperkenalkan rekaan baharu sut ikonik Keluang Man bagi versi filem ‘live action’. Ini menandakan transformasi paling signifikan dalam sejarah watak tersebut apabila sut Keluang Man yang terbaharu itu menyaksikan perubahan dari sudut warna dan reka bentuk topeng. Read more →
Tag: remy ishak
(HIBURAN) FILEM MALAYSIA ‘THE EXPERTS’ TARIK TUMPUAN DUNIA, DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SHANGHAI 2024
14 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi terbaru dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China. Read more →
DI ANTARA PERTALIAN DARAH DAN PERTARUHAN BERANI: ‘THE EXPERTS’ TAMPILKAN AKSI HEIST PENUH BERGAYA
17 Mei 2024, Kuala Lumpur – Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan. Read more →
(HIBURAN) “THE EXPERTS” – FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR
Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, THE EXPERTS bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures, mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya. Read more →

