Portal video nombor 1 di Malaysia, Tonton bakal menyiarkan sebuah drama bersiri sulung untuk tontonan secara global. Komedi romantik, AUTUMN DI HATIKU yang diinspirasi daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu, 3hb Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan dengan 3 episod harian bermula seawal 12 tengah hari. Merupakan antara drama bersiri di Tonton paling awal ditayangkan, AUTUMN DI HATIKU diarahkan oleh MJ Woo dan Edmund Yeo menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim dan ramai lagi. Read more →
Tag: tv3
(HIBURAN) ‘Dahil May Isang Ikaw’ (Destined Hearts) Jerat Antara Cinta & Budi
Menyusul selepas ‘Dangerous Love’ yang berakhir hari ini, sebuah lagi drama telenovela dari Filipina iaitu ‘Dahil May Isang Ikaw’ (Destined Hearts) yang menampilkan pelakon popular seperti Jericho Rosales, Kristine Hermosa, Gabby Concepcion, Lorna Tolentino, Chin Chin Gutierrez, John Estrada, Karylle dan Sid Lucero, bermula esok (2 Julai). ‘Dahil May Isang Ikaw’ yang diarahkan oleh dua sutradara iaitu Jerry Lopez Sineneng dan Rechie Del Carmen ini mengisahkan tentang Tessa Ramirez, seorang peguam yang prihatin dan sangat dihormati, dia telah memenangi setiap kes yang dibicarakan khususnya melibatkan penderaan kanak-kanak. Bagaimanapun, cabaran sebenar Tessa ialah pencarian anak perempuannya yang hilang. Read more →
(HIBURAN) Konsert Akhir BMB Cecah 5 Juta Penonton
Tahniah diucapkan kepada Achey (Mohd.Nasir Hamzah), anak didik kepada Harun Salim Bachik yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Bintang Mencari Bintang (BMB) pada malam Ahad (23 Jun) yang lepas. Lebih teruja, kemuncak BMB berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.8 juta (16.2 TVR) atau 54.4% syer penonton. (sumber: Nielsen Audience Measurement) Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan BMB Akhir telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah hampir 5 juta sepanjang siaran dari jam 9.00 – 12.00 tengah malam pada 23 Jun yang lepas. Read more →
(HIBURAN) Intan Ladyana, Bella Dally, Atikah Suhaime Terajui Dewi Lasak!
Jangan disangka wanita yang lemah lembut tidak mempunyai bakat mempertahankan diri! Walaupun Seri, Dewi dan Qistina mempunyai raut rupa paras yang cantik tetapi itu bukanlah tanda mereka lemah dan mudah dipergunakan. Tampil dengan elemen lasak dan romantik, drama bersiri terbaru, DEWI LASAK yang bakal menggantikan ‘Karlos’ menampilkan barisan pelakon popular seperti Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz), Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony) dan ramai lagi bermula 26 Jun ini, setiap hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Aksi. Read more →
(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : BOCIK, ACHEY, TAPAW & TITAN MARA KE KONSERT AKHIR
Selepas hampir 3 bulan berentap di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB), akhirnya hanya tinggal Bocik & Bowl (Afdlin Shauki), Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Titan (Sabri Yunus) untuk merebut tiket ke Konsert Akhir BMB yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Jun 2013. Konsert separuh akhir ke-3 BMB menyaksikan Bocik, Achey, Tapaw dan Titan melangkah ke peringkat akhir sekaligus berentap untuk merangkul gelaran juara BMB dan hadiah wang tunai sebanyak RM 200,000. Read more →





