Archive for: July 2013

(HIBURAN) ” Kampung Girl ” Kisah Dua Hati Yang Berbeza Taraf

Kampung Girl (5)cropsmall

Selepas ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ berjaya mencipta fenomena luar biasa saban minggu dan telah melabuhkan tirai pada minggu lalu, tumpuan bakal beralih ke sebuah lagi drama siri romantik komedi 13 episod berjudul ‘Kampung Girl’ yang menampilkan Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi dan Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi di bawah arahan sutradara Heykal Hanifah manakala garapan skrip oleh Heykal sendiri bersama Eja Lorena dan Zakinah Ab. Zarith. Read more →

(SEMASA) LINE Rai Ramadhan dengan Sticker Edisi Terhad bagi Pengguna Malaysia

image001small

LINE, , peneraju global khidmat pesanan telefon mudah alih yang sudahpun mencapai 180 juta orang pengguna, hari ini melancarkan koleksi istimewa sticker bertemakan Ramadhan khusus bagi para pengguna di Malaysia. Pengguna LINE boleh memuat turun siri sticker edisi terhad ini secara percuma dengan menambah Akaun Rasmi LINE Event pada senarai rakan mulai hari ini hingga 9 September 2013. Koleksi baru ini yang mengandungi lapan sticker dengan bentuk and ekspresi tersendiri menampilkan karakter asal LINE kegemaran ramai iaitu Cony, Brown and Sally. Siri sticker ini menunjukkan pelbagai amalan tradisional oleh karakter-karakter terkenal ini ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini termasuk memohon maaf, bersalaman, menghidang ketupat dan balik kampung. Read more →

(SEMASA) Air Tangan Ibu bersama PLANTA

IMG_7077‘Air Tangan Ibu’ merupakan segmen tajaan PLANTA di dalam program terbitan TV3 iaitu Wanita Hari Ini (WHI) yang bakal memaparkan 9 episod kemesraan anak dan ibu mereka atau ibu mertua mereka dalam perkongsian cerita dan resepi istimewa selebriti jemputan. Selain Ifa Raziah dan Anis Nabila, program ini juga bakal menjemput artis-artis lain antaranya ialah Tasha Shila dan Nabil bersama ibu mereka untuk berkongsi kegembiraan resepi-resepi berbuka dan bersahur. Read more →

(HIBURAN) JANJI buah tangan terbaru Kumpulan HIJJAZ

IMG_7121

Setelah hampir 3 tahun kumpulan nasyid terkenal HIJJAZ tidak mengeluarkan album penuh, akhirnya pada tanggal 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H sehari  sebelum umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadat puasa, maka lahirlah album terbaru dari kumpulan ini untuk para peminat mereka yang sekian lama menunggu. Album JANJI yang berkonsep pop-rock ini memuatkan 9 buah lagu baru turut memuatkan lagu lama yang diberikan suntikan baru yang lebih segar dan bertenaga. Antara lagu yang dimuatkan di dalam album JANJI ini antaranya ialah Kau Pemilik Cinta, Janji Khalifah, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Harapan Ummah, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah. Read more →

(SEMASA) Siaran Media : Pencarian Ikon Hebat Malaysia oleh OLDTOWN White Coffee

The Animaction Challenge - Logo

OLDTOWN White Coffee, rangkaian kafe kopi putih terbesar Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Pertandingan The Animaction Challenge, iaitu pertandingan rekaan dan animasi untuk mencari, memupuk dan menyokong bakat-bakat baru dalam industri seni kreatif Malaysia.  Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini akan berlangsung mulai 8 Julai 2013 hingga 8 Oktober 2013, mengalu-alukan penyertaan pelajar serta profesional berusia 18 tahun ke atas untuk mereka bakal ikon hebat Malaysia.     Read more →