Archive for: February 2014

(HIBURAN) Intan Ladyana & Shah Iskandar dalam ‘Jika Itu Takdirku’

Jika Itu Takdirkusmall

Drama bersiri yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 berjaya mencipta fenomena dengan meraih kadar tontonan mencecah 3 juta penonton dan juga hangat diperkatakan di laman sosial sepanjang siaran. Selepas ‘Ariana Rose’ yang melabuhkan tirai pada 13 Februari ini, nantikan drama bersiri terbaru yang berjudul JIKA ITU TAKDIRKU lakonan Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos bermula 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Read more →

(HIBURAN) ‘Permata Hati’ karya sulung Datuk Seri Shah Rezza

IMG_98304

Nama Datuk Seri Shah Rezza memang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti trend industri fesyen tanah air kerana beliau merupakan ikon dalam penganjuran acara tersebut.  Pernah dikenali sebagai seorang pelakon di era zaman 80-an menerusi filem Ali Setan, kini Datuk Seri Shah Rezza sekali lagi terjun ke dalam industri hiburan tanah air dan kali ini sebagai penulis skrip dan penerbit sebuah telemovie. Pelaburan awal sebanyak RM400,000 untuk telemovie ini bertukar menjadi pelaburan sebuah filem apabila Datuk Seri Shah Rezza membuat keputusan saat-saat akhir untuk menjadikan ia sebuah filem setelah mendapat beberapa respon positif dari pemain industri filem tanah air yang telah melihat karya asal beliau ini. Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 53, berkata, keputusan itu dibuat dalam masa 2 hari dan menyebabkan dia perlu membuat pelaburan tambahan  sebanyak RM10,000 untuk mengubah format drama berkenaan dalam bentuk filem. Read more →

(HIBURAN) Sesi Uji Bakat Terakhir Bintang Mencari Bintang Di Kuala Lumpur Meriah

BMB (3)

Jenama program Bintang Mencari Bintang sudah meluncur laju tanpa memerlukan faktor penolak yang kuat. Tanpa disangka-sangka program realiti untuk mencari generasi pelapis penghibur yang berkebolehan dalam kedua-dua bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian ini mencetuskan fenomena global. Read more →

(HIBURAN) 16 Pasangan Artis & Perminat Bakal Berentap Untuk Merebut Gelaran Juara Fear Factor Malaysia

EZA_0976gmo

Fear Factor Malaysia kini kembali lagi dengan pelbagai ujian lebih mencabar dan peserta baru yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata Fear Factor kali ini masih lagi mengekalkan format lama namun terdapat juga sedikit kelainan yang bakal ditonjolkan dalam program tersebut. Read more →

(HIBURAN) Sesi Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)

DEX_5772

TV3 dan TV9 mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar di Malaysia iaitu Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Bertujuan untuk memartabatkan industri drama tanah air dan menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, penulis skrip, komposer dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional. Selain itu, DFKL menjadi platform untuk mencari pelapis-pelapis baharu yang bakal memacu masa depan industri drama tanah air. Read more →