Archive for: February 2014

(HIBURAN) “Jemput Masuk, CEF” …..

DEX_5348resizeGMO

Syarikat minuman gergasi Coca Cola dengan kerjasama TV3 bakal mempersembahkan sebuah program baru “Jemput Masuk, CEF” bersama Cef Kamarul dan komposer terkenal Ajai. Program sebanyak 12 epsiod ini bakal bersiaran bermula 12 Februari 2014, setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 petang di saluran TV3. Read more →

(SEMASA) “WHERE THE HEART IS” Kerja Amal DATO’ SITI NURHALIZA

DSC_4766

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah tampil dengan satu konsert amal ‘Where The Heart Is’ di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre selama dua malam berturut-turut iaitu 7 dan 8 Februari 2014. Konsert  selama 1 jam 30 minit yang bertemakan serba putih ini telah  memberikan pengalaman dan keindahan irama dan lagu serta persembahan yang paling unik, kreatif serta dinamik kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014

zizan ame2014crop-horzGMO

Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan  Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak  mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah.  Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad.  Read more →

(SEMASA) Lebih Seronok, Lebih Sihat dengan Antabax di Desa Water Park

Antabax002

Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang inovatif dan dipercayai, telah  melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran besar-besaran di taman tema Desa Water Park dalam bentuk papan iklan, kertas hiasan dinding, hiasan tiang dan poster, dan pengedaran produk-produk Antabax kepada pengunjung, dengan tujuan menjadikan musim percutian lebih menyihatkan. Read more →

(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013

sepahtu-mlm-finaleGMO

Seperti yang dijangka ramai, kumpulan  SEPAHTU  telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi. Read more →