Archive for: November 2021

(HIBURAN) Astro Radio menyegarkan SYOK dengan 60 stesen radio baharu dalam talian dan banyak lagi 

12 November 2021, Kuala Lumpur – Astro Radio meraikan ulang tahun ke 25 dengan menyegarkan aplikasi SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan. Bermula 1 November 2021, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik. Tambahan lagi, saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa akan bermula Januari 2022. Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.  Read more →

(SEMASA) ‘FIGURA INTERNATIONAL’ LANCAR DUA PRODUK KESIHATAN

KUALA LUMPUR, 13 November 2021 – Syarikat milik penuh bumiputera Figura (M) Sdn. Bhd., (Figura International) pengeluar produk kesihatan telah melancarkan dua (2) produk kesihatan untuk seisi keluarga iaitu Figura dan Figura Coffe Latte di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur  hari ini. Read more →

(HIBURAN) ‘GV8’ MEDAN PENENTU 13 PESAING DARI TIGA NEGARA SERUMPUN

‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ ialah satu-satunya program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian terbitan Astro Ria yang menyediakan platform komersial penjenamaan semula kerjaya seni khusus untuk barisan penghibur berpengalaman di Malaysia. Read more →

(SUKAN) MAJLIS PELANCARAN JERSI BAHARU PASUKAN RAGBI KEBANGSAAN AL IKHSAN x MALAYSIA RUGBY

Kesatuan Ragbi Malaysia dengan kerjasama Al-Ikhsan pada hari ini telah melancarkan jersi baharu pasukan ragbi kebangsaan menerusi jenama AL Sports. Kerjasama di antara AL Ikhsan dengan Kesatuan Ragbi Malaysia yang telah terjalin sejak pelancaran kali pertama pada 2019 merupakan satu (1) kejayaan bagi kedua – dua pihak dalam membangunankan produk berprestasi tinggi serta kualiti terbaik di peringkat elit persukanan. Read more →

(HIBURAN) SELEPAS KHAENAK 1 & 2 DAPAT SAMBUTAN HANGAT, KINI KHAENAK: SERANGAN POCONG AKAN DITAYANGKAN DI SALURAN ASTRO FIRST

Selepas sambutan luar jangkaan diterima filem seram komedi Khaenak 1 & 2 yang ditayangkan di saluran YouTube tahun lalu, penerbit filem berkenaan KCTV Network & Broadcasting Sdn Bhd sekali lagi terpanggil untuk menghiburkan orang ramai dengan ‘buah tangan’ ketiganya iaitu Khaenak: Serangan Pocong. Filem ini dijangka akan lebih menghiburkan dengan garapan dan jalan cerita yang lebih kreatif serta menarik. Read more →