Archive for: April 2022

(HIBURAN) FORCEPARKBOIS TERUS MEMECUT DENGAN ‘TOPBOI’

Di kalangan penggemar muzik hip hop Asia Tenggara, nama FORCEPARKBOIS bukanlah sesuatu yang asing, tetapi bagi krew hip hop terfenomena ini, perjalanan seni mereka baharu sahaja bermula. Read more →

(SEMASA) THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA MEMPERSEMBAHKAN KEENAKAN BAHARU SEMPENA RAMADAN DAN RAYA INI

Kuala Lumpur, 11 April 2022 – Bagi para penganut agama Islam lembaran bulan Ramadan Al-Mubarak membawa sebuah erti yang begitu istimewa. Bulan ini, mengajak kita untuk bermuhasabah, memperbaiki diri, serta menggamit kesyukuran dan mengimarah sebuah tradisi yang sinonim dengan Ramadan. Aneka rasa yang menggamit kenangan kita berbuka puasa bersama keluarga pasti akan terpaut di dalam minda, sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia berhasrat untuk menggamit detik-detik manis anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan, serta mencipta kenangan baharu pada masa yang sama – menerusi aneka minuman bermusim kami di samping menu baharu yang berunsurkan Ramadan/Raya. Read more →

(SEMASA) McDonald’s Malaysia Serah Zakat Perniagaan RM500 Ribu Kepada PPZ-MAIWP, Hulur Sumbangan Ramadhan

KUALA LUMPUR, 8 April 2022 – McDonald’s Malaysia telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM500 ribu kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun 2022. Ini merupakan jumlah tertinggi semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan lima tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd pada tahun 2017, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi. Read more →

(SEMASA) Kempen MILO® Raikan Kebaikan Ramadan menyemarakkan rakyat Malaysia dengan kebaikan khasiat untuk melangkah lebih jauh

MILO® menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dengan menawarkan rangkaian produk berkhasiat bagi membantu rakyat Malaysia kekal bertenaga dalam menyempurnakan aktiviti harian sepanjang bulan yang mulia ini. Digemari turun temurun selama lebih 70 tahun, jenama minuman malt coklat ikonik ini melangkah lebih jauh pada musim ini dengan menunjukkan pelbagai cara untuk menikmati aneka produknya yang lazat serta penuh kebaikan. Read more →

(SEMASA) WTCKL MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN CAHAYA KASIH

KUALA LUMPUR, APRIL 8, 2022 – Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang membawa seribu makna bagi setiap umat Islam. Keindahan bulan ini terpancar melalui keghairahan masyarakat yang berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan dan santunan terhadap golongan kurang berkemampuan di kalangan kita. Read more →