Remp-it pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006. Kini, setelah 16 tahun ia kembali dengan nafas dan aksi terbaru melalui Remp-it 2. Dunia permotoran sendiri telah melalui satu perubahan yang agak ketara sepanjang tempoh tersebut seiring berlakunya perubahan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton. Menyedari perkara itu, FKX Film tampil dengan filem sulungnya yang mengetengahkan aksi dan jalan cerita yang lebih matang dalam Remp-it 2. Filem yang menjalani penggambaran pada hujung 2019 ini terpaksa menunggu lebih lama untuk menemui penonton disebabkan pendamik Covid-19 yang melanda dunia. Read more →
Archive for: October 2022
(SEMASA) WARM THEIR WINTER, PROJEK PENGUMPULAN PAKAIAN MUSIM SEJUK UNTUK PELARIAN SYRIA
2 Oktober 2022, Bukit Jelutong – Syria bakal menghadapi musim sejuk tidak lama lagi. Bagi pelarian Syria, ia seperti mimpi ngeri kerana kesejukan melampau yang boleh meragut nyawa. Read more →
(SEMASA) PAMERAN BPEX SATU RUMAH SATU KELUARGA BUMIPUTERA MALAYSIA 2022 8,000 UNIT KEDIAMAN UNTUK BUMIPUTERA
Tujuan utama Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang hartanah sebanyak 30 hingga 60 peratus dan menggalakkan Bumiputera khususnya orang Melayu untuk memiliki hartanah mereka sendiri. Pameran ini juga adalah platfom untuk masyarakat merebut peluang untuk mendapatkan informasi dari pihak Kerajaan tentang progam pemilikan hartanah melalui skim-skim yang di sediakan untuk membantu mereka. Read more →
