Archive for: February 2023

(HIBURAN) MUNAJAT: SINGLE TERBARU DATO’ M. NASIR OST FILEM ‘IMAM’

Munajat adalah single terbaru Dato’ M.Nasir yang dinanti- nantikan setelah sekian lama sejak album terakhir beliau ‘Sang Pencinta’. Single Munajat terbitan Luncai Emas Sdn Bhd , ciptaan sepenuhnya oleh Dato’ M.Nasir adalah juga lagu OST filem ‘Imam’ yang beliau bintangi sebagai watak utama . Read more →

(HIBURAN) PERCUBAAN AL-JAWAHER HAMPIRI PASARAN ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2023 – Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam, serta banyak lagi.Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, Normala, Habibah, Norhaiyati dan Latifah. Read more →

(SEMASA) TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA BUAT WARGA DUN PELABUHAN KLANG

5 Februari 2022 : Bertempat di TGV Central i-city,  lebih 1,000 warga Dun Pelabuhan Klang telah hadir untuk memeriahkan tayangan khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Tayangan Khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan anjuran YB Azmizam Zaman Huri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang bersempena Sambutan Hari Maritim ke 18 yang bakal berlangsung kelak. ADUN Pelabuhan Klang juga berkata penganjuran tayangan khas filem ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota Maritim Malaysia yang berkorban nyawa, tenaga dan masa bagi menjaga perairan negara khususnya di Pelabuhan Klang. Read more →

(HIBURAN) Exists Resolusi Siap Gegarkan Sarawak 27 Mei 2023 Ini!

Memperkenalkan Exists kepada peminat muzik tanah air, terutama yang lahir sekitar tahun 90-an umpama ‘dosa besar’. Read more →