Archive for: March 2023

(SEMASA) World Sleep Day: Not All Sleep is Equal – How Galaxy Watch5 Series Helps You Get the Sleep You Want

There’s a reason we sleep for approximately a third of our lives – sleep enables our bodies and minds to recover, and a lack of it reduces our ability to perform well and think clearly. Yet for many, achieving good sleep is a challenge that has only gotten worse over the past few years. That’s why Samsung is bringing sleep to the forefront by recognizing that quality sleep is foundational to our holistic health, and drawing attention to the importance of healthy sleeping habits worldwide. Read more →

(SEMASA) Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G: Pengalaman Paling Hebat untuk Semua

SEOUL, Korea – Mac 15, 2023Samsung Electronics hari ini telah melancarkan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, dua telefon pintar inovatif yang memajukan lagi komitmen Samsung Galaxy untuk mencipta pengalaman mudah alih yang tiada berbanding. Tambahan terkini kepada siri Galaxy A yang popular ini membolehkan pengguna merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang dan bergiat bersama lebih banyak aktiviti kegemaran dengan hayat bateri yang menjangkaui tempoh penggunaan lebih daripada dua hari[1].

“Pengalaman mudah alih yang termaju semakin diperlukan untuk kehidupan seharian,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Dengan penambah-baikan berterusan pada siri Galaxy A, kami komited meluaskan akses bagi inovasi transformatif kami kepada seramai mungkin orang di seluruh dunia.” Read more →

(HIBURAN) Tayangan Khas Filem “MEMBURU”,

Bertempat di MBO Atria Damansara Jaya telah berlangsungnya sesi Tayangan Khas Filem “MEMBURU”. “MEMBURU” merupakan sebuah filem hasil karya Jaafar Taib & SK dan diarahkan oleh SK sendiri yang menampilkan lakonan hebat Fauzi Nawawi, Shah Iskandar, Puteri Sarah Liyana, Soffi Jikan, Serra Kamal dan Cathy Ikh. Read more →

(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN NASIONAL ANJUR ‘IKON’ WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MEMBENTUK SISWA MADANI

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 — Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat telah menganjurkan Program Townhall Ikon Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan. Majlis yang dihadiri oleh seramai lebih 800 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada University College MAIWP Intemational (UCMI), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Program bermula dengan sesi Townhall Ikon Nasional bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dalam slot “Membentuk Siswa Madani – Mahasiswa Sebagai Pemimpin Masa Hadapan”. Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai, komputer riba dan beg keperluan asas ke Menara Gading kepada seramai 850 pelajar yang layak. Majlis Perasmian Townhall Ikon Nasional ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Enwal Agama) di Dewan Tun Syed Nasir UKM, Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Read more →

(SEMASA) MM Bistro Penang Nasi Kandar Perkenalkan Menu Rahmah

MM Bistro Penang Nasi Kandar telah membuka cawangan di Puncak Alam Selangor. Justeru itu, mengambil pendekatan inisiatif menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, pihak MM Bistro Penang juga turut memperkenalkan versi menu Rahmah mereka bertujuan untuk memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan pada harga yang berpatutan. Read more →