Archive for: November 2023

(HIBURAN) KUALA LUMPUR DIANCAM MUSUH DALAM FILEM WAR ON TERROR : KL ANARKI

Kuala Lumpur, 14 November 2023 : Tayangan perdana filem aksi tempatan berjudul ‘WAR ON TERROR : KL ANARKI’ (WOT : KLA) telah diadakan di GSC LaLaport  BBCC, Kuala Lumpur baru-baru ini. WOT : KLA bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei mulai Khamis, 23 November 2023. Read more →

(SEMASA) Majlis Pelancaran Kerusi Urut GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair

(Petaling Jaya – 11 November 2023) – Hari ini menandakan satu lagi peristiwa yang menggembirakan  untuk GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara &  Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair di LG, Orange Concourse, Sunway Pyramid. Ia merupakan kerusi urut  yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi 178° L-Flex Trackdengan 2nd Gen. 8-D Twin Rollers serupa dengan 4 tukang urut mengurut bahagian atas dan bawah belakang serentak yang memfokuskan  pada bahu, belakang atas, belakang bawah, pinggang dan punggung. Read more →

(HIBURAN) FILEM ‘SAZALI MEOR COCO’ TERBITAN AQUILA EMAS SDN BHD DITAYANGKAN DI ASIAN CONTENT & FILM MARKET BUSAN, KOREA.

Syarikat penerbitan filem & TV, Aquila Emas Sdn Bhd telah mengadakan tayangan perdana filem sulung terbitannya iaitu ‘SAZALI MEOR COCO’ bertempat di sebuah pawagam terkemuka di ibukota, malam tadi. Read more →

(SEMASA) PROCTER & GAMBLE (P&G) DAN MYDIN LANCAR KEMPEN ‘BERSAMA DEMI SEMUA’: TABUNG BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

SUBANG JAYA, 7 November 2023 – Dalam satu kerjasama bersejarah, sebuah syarikat barangan pengguna global yang terkemuka, Procter & Gamble (P&G), bergabung tenaga dengan sebuah rangkaian borong dan runcit tempatan di Malaysia, MYDIN bagi melancarkan kempen dana bantuan banjir musim tengkujuh. Kempen ‘Bersama Demi Semua’ ini bertujuan mengumpul dana untuk komuniti yang bergelut dengan kesan banjir pada musim tengkujuh setiap tahun di Malaysia. Read more →

(SEMASA) PERJUMPAAN PEMAIN INDUSTRI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN SEDUNIA UNTUK KELESTARIAN MASA HADAPAN

Bangkok, 8 November 2023 – Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian  Pertahanan bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah hadir ke pameran  Defense & Security 2023 yang membuka tirai baru-baru ini di Pusat Pameran IMPACT.  Pameran pertahanan dan keselamatan serantau yang berlangsung sehingga 9 Nov  ini merupakan platform yang memaparkan evolusi perkembangan teknologi  pertahanan dan keselamatan oleh pelbagai syarikat pemain industri pertahanan dan  keselamatan dari serata dunia. Dikesempatan ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah berpeluang melakukan lawatan dan mengunjungi reruai pameran  dalam usaha Kementerian Pertahanan mempromosikan dan menarik minat lebih  ramai pempamer untuk mendaftar serta terlibat bagi pameran Defence and Service (DSA) dan National Security Asia (NATSEC ASIA) bagi tahun 2024 di bawah  penganjuran pihak DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd. Turut hadir bersama di  pameran ini adalah Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima  Angkatan Tentera mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Read more →