2 MAC 2024, KUALA LUMPUR – Siap sedia untuk menyelami alam penuh keterujaan dan keajaiban kerana Wonda Coffee bersama Astro Shaw bakal merealisasikan Keluang Man – adiwira kesayangan Malaysia. Keluang Man, ikon adiwira yang cukup simbolik dalam budaya Malaysia dan terkenal dengan kualiti seperti semangat keberanian, ketabahan, dan kekuatan. Menerusi kerjasama ini, WONDA Coffee dan Astro Shaw berhasrat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga menerapkan nilai-nilai ini kepada generasi muda. Filem aksi langsung terbitan Astro Shaw ini diarah dan ditulis oleh Anwari Ashraf, berdasarkan siri animasi ikonik yang popular pada tahun 1990-an, menjanjikan rakyat Malaysia satu pengalaman sinematik baharu pada abad ini. Read more →
Archive for: March 2024
(SEMASA) KELUANG MAN KINI BERAKSI KHAS HASIL KERJASAMA DINAMIK WONDA COFFEE DAN ASTRO SHAW!
(HIBURAN) “HASRAT” DINOBATKAN JUARA LAGU 38
Kuala Lumpur, 4 Mac 2024 – Teka – teki lagu manakah yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi telah terjawab. Lagu “Hasrat” nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amir Johari telah menepati ramalan pencinta muzik Malaysia dengan mengungguli acara kemuncak AJL 38 yang melabuhkan tirai malam tadi. Read more →
