Archive for: March 2024

(HIBURAN) Viu Malaysia persembahkan Viu Original pertama sempena Ramadan, Terlanjur Cinta  

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2024 – Viu, penyedia perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaru, Terlanjur Cinta, karya penerbit veteran Eirma Fatima. Terlanjur Cinta ini merupakan drama pertama sempena Ramadan yang ditawarkan oleh Viu Malaysia, dibintangi Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Khir Rahman, Datin Seri Umie Aida, Syafie Naswip dan Syafi Tee. Siri ini akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2024, dengan episod baharu disiarkan pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Ramadan. Read more →

(SEMASA) Hot Wheels® mempersembahkan Siri Netflix Baru Hot Wheels Let’s RaceTM

Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Bersiap sedia semua para pelumba! Hot Wheels melancarkan Hot Wheels Let’s RaceTM, sebuah siri animasi kanak – kanak baharu terbitan Mattel Television Studios secara global. Diinspirasikan oleh Hot Wheels, jenama permainan nombor satu di dunia*, siri animasi Hot Wheels Let’s Race™ ini merupakan sebuah siri komedi penuh aksi untuk kanak – kanak yang menggabungkan kenderaan – kenderaan luar biasa, memperkenalkan watak – watak yang penuh aksi, perlumbaan pantas, cabaran – cabaran yang mendebarkan dan banyak lagi. Bagi merasmikan acara ini, Hot Wheels memperhidup unsur-unsur dari siri tersebut sebesar saiz hidup di IOI City Mall. Read more →

(HIBURAN)  Konsert ByAjai & Mega Friends – 35 Tahun Genggam Impian 

Karya-karyanya sentiasa dinanti-nanti.  Rata- rata anak seni yang kini mekar melakarkan nama, pernah berjaya dengan lagu nukilan beliau. Sebut sahaja siapa. Daripada yang tersohor namanya seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, Misha Omar, Ella, Hafiz Suip, Allahyarham Saleem dan Siti Sarah, Liza Hanim dan ramai lagi, kepada generasi pertengahan dan baharu seperti Khai Bahar, Black, Niki Palikat, Aufahanie, senarainya tak terungkap, Mereka telah mencipta kegemilangan dengan lagu-lagunya.   Read more →

(HIBURAN) SHOWCASE JIWA KACAU 2024 ‘LEVEL UP’ BAWA ENAM PEMUZIK –  HUJAN, MASDO, BUNKFACE, INSOMNIACKS, NIDJI & LUQMAN PODOLSKI

Sesuatu yang mengujakan, sensasi dan akan membuat hidup anda semakin ‘kacau bilau’ sedang menanti pencinta muzik!  Ya, anda, para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks ucapkan selamat kembali kepada pemuzik-pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024. Read more →

(HIBURAN) AJL 38 TERBUKTI PALING IKONIK!

 

Petaling Jaya, 6 Mac 2024 – Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) terbukti paling ikonik apabila seluruh rakyat Malaysia terharu dan gembira apabila ‘Hasrat’ dinobatkan sebagai juara lagu. Karya yang penuh emosi dan mencengkam hati penonton ini merupakan ciptaan sepenuhnya dan nyanyian oleh Amir Jahari. Read more →