Archive for: June 2024

(SEMASA) Pengembangan Inisiatif Melindungi Kehidupan di Masa Depan daripada Ancaman Penyakit Bawaan Nyamuk, KAO Melancarkan Produk Penghalau Nyamuk Baharu, Bioré GUARD Mos Block Serum, di Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2024 – KAO Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran Bioré GUARD Mos Block Serum baharunya, yang dirumus dengan ‘anti-landing tech’ yang dikhususkan menghalang nyamuk daripada menghinggapi kulit manusia. Pengumuman tersebut bersempena dengan pengembangan projek GUARD OUR FUTURE di peringkat global untuk melindungi pengguna daripada ancaman nyamuk. GUARD OUR FUTURE tertumpu pada teknologi dan formulasi produk inovatif yang menyediakan perlindungan bagaikan perisai yang menjauhkan nyamuk daripada kulit manusia, dan dengan itu menghalang gigitan nyamuk. Sebelum ini, Bioré GUARD Mos Block Serum telah diperkenalkan di Thailand sejak dua tahun lalu dan juga telah dilancarkan di Singapura, Taiwan dan Hong Kong tahun ini. Di bawah projek GUARD OUR FUTURE, KAO Malaysia akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Takeda Malaysia dalam rangkaian aktiviti yang bertujuan melindungi nyawa rakyat Malaysia daripada gigitan nyamuk dan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi. Read more →

(HIBURAN) AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’

11 Jun 2024, Kuala Lumpur – Astro Shaw mengumumkan pemilihan aktor Aedy Ashraf untuk membawakan watak Beja, serta model dan bakat baru Sky Iskandar untuk watak Megat yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf sebagai Kahar, untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL. Selain itu, dua watak lain turut dipilih menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo. Majlis pengumuman ini telah berlangsung di LMP, Lumi Tropicana, Petaling Jaya. Read more →

(SUKAN) TOYOTA GAZOO RACING GT CUP MALAYSIA IS BACK WITH RM120,500 IN CASH PRIZES

SHAH ALAM, 12 JUNE 2024 – Registration to compete in Malaysia’s most lucrative online racing series in the country, the Toyota Gazoo Racing GT Cup Malaysia series, is now open, with the finalists this year being in the running for what will be the most lucrative and rewarding experience. Read more →

(SEMASA) Nikmati Nilai SeTin Bagi Seisi Keluarga Bersama Sardin & Mackerel Ayam Brand™ Yang Kaya Dengan Omega-3

Shah Alam, 12 Jun, 2024 – Buat pilihan pemakanan yang lebih bijak untuk keluarga anda bersama Sardin dan Mackerel Ayam Brand™. Ia bukan sahaja memudahkan dan memberi nilai dalam setiap tin, tetapi juga kaya dengan kandungan Omega-3 yang berupaya meningkatkan kesihatan tubuh anda dan seisi keluarga. Read more →

(SEMASA) Susu Tepung Rumusan Kanak-kanak Fernleaf MultiGrain+ BAHARU – Menyokong Keperluan Nutrisi Kanak-kanak, Memastikan Anak Anda Berasa Kenyang

Petaling Jaya, Jun 2024 – Ramai ibu sering berdepan dengan cabaran anak-anak berasa cepat lapar atau sebelum waktu makan yang dijadualkan, sambil memastikan mereka mendapat khasiat yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka, terutamanya dalam aktiviti harian mereka yang aktif. Menyedari akan kebimbangan ini, Fernleaf memperkenalkan inovasi terbaharunya: Fernleaf MultiGrain+ untuk kanak-kanak agar mereka berasa kenyang, di samping menyokong mereka membesar dengan tinggi dan kuat. Read more →