Archive for: November 2024

(SEMASA) Majlis Pelancaran Kerusi Urut Wellness Terhad Iron Man

(Bukit Jalil – 10 November 2024) – Hari ini menandakan satu lagi peristiwa yang menggembirakan untuk GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah merasmikan pelancaran dua buah kerusi urut baharu Siri Wellness Super Heroes iaitu Kerusi Urut Wellness Terhad Iron Man GINTELL dan Kerusi Urut Wellness Terhad Versi Iron Man Black Eksklusif di Level 2, Centre Court, Pavilion Bukit Jalil. Majlis turut disertai dengan penampilan istimewa dan sesi Meet & Greet bersama pelakon terkenal, Simon Yam. Read more →

(SEMASA) RXZ Twin Boss V2 oleh FNG Works akan debut di Yokohama Hot Rod Custom Show ke-32 pada tahun 2024 di Jepun!

Pada Art Of Speed 2024, motosikal RXZ Twin Boss V2 oleh FNG Works menjadi tumpuan utama apabila merangkul Anugerah Pilihan Juri dan Pilihan Awam dalam pertandingan Art of Speed Invitational Bike Build Off. Sebagai juara keseluruhan, motosikal binaan khas ini akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show ke-32 pada tahun 2024 di Jepun, bersama kenderaan kustom terbaik dari seluruh dunia. Read more →

(HIBURAN) Boney M kembali membawa irama disko ke Kuala Lumpur sempena jelajah jubli emas

KUALA LUMPUR, 11 November – Boney M, nama legenda sewaktu era irama disko, bersedia untuk membawa kembali jalur muzik tersebut ke Malaysia sebagai sebahagian daripada sambutan jubli emas mereka. Read more →

(SEMASA) YB Senator Datuk Seri Dr. Hajah Zurainah Binti Musa dilantik sebagai Pengerusi KNKV Group dan merasmikan ‘National CEO Symposium 2025’ untuk memperkasa pembuat keputusan menghadapi cabaran ekonomi

Petaling Jaya, 7 November 2024 – KNKV Group dengan bangganya mengumumkan perlantikan YB Senator Datuk Seri Dr. Hajah Zurainah Binti Musa sebagai Pengerusi baharu. Kepimpinan beliau dijangka memberi nilai strategik kepada KNKV Group melalui pengalaman luasnya dalam memperkukuhkan ekosistem perniagaan serta memperkasakan usahawan dan sektor korporat di Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Astro Bawa Kembali Kegemilangan Penyanyi Evergreen dan Suara yang Dilupakan di ‘Gegar Vaganza 11’

Kuala Lumpur, 6 November 2024 – Selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut secara fenomenal pada tahun lepas, rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, ‘Gegar Vaganza’ (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya. Menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, musim ini kembali ke rumpunnya untuk terus menjadi platform yang menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik, sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu. ‘GV11’ bakal  bermula pada 24 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104). Read more →