Archive for: April 2025

(SEMASA) Watsons Malaysia Cipta Rekod Baharu dengan Ganjaran Terbesar di Malaysia

Kuala Lumpur, 21 April 2025 — Pada bulan April ini, Watsons Malaysia dengan bangganya meraikan detik penting dalam sejarah bagi pelanggan setia bersempena dengan ulang tahun ke-15 Watsons Club, program kesetiaan terbesar dan paling berbaloi di negara ini. Bersempena sambutan ini, Watsons melancarkan kempen “Ganjaran Terbesar di Malaysia”, yang menawarkan lebih banyak faedah dan ganjaran kepada 8 juta ahlinya. Read more →

(SUKAN) VIPER NIZA RACING MALAYSIA DI ATAS PODIUM KEJOHANAN MICHELIN 12 JAM SPA FRANCORCHAMPS

Rakyat Malaysia Douglas Khoo, Dominic Ang dan Melvin Moh meraih kejayaan podium pada perlumbaan Michelin 12 Hours of Spa Francorchamps hujung minggu lalu (19-20 April) di Belgium. Pasukan Viper Niza Racing menamatkan perlumbaan yang mencabar itu di tempat ke-6 keseluruhan (daripada 37 pelumba antarabangsa), ke-4 dalam kelas GT3, dan naib juara (ke-2) dalam kelas GT3 AM dalam satu perlumbaan ketahanan yang menyaksikan banyak jentera GT3 bergelut dengan insiden di litar serta masalah mekanikal dan elektrik. Read more →

(SEMASA) GABUNGAN TEKNOLOGI & GAYA BERANI: BENDA LFC700 PRO SEDIA MENCABAR NORMA CRUISER

MELAKA, 20 APRIL 2025 – BENDA LFC700 Pro, jentera terbaharu dalam kategori cruiser, dilancarkan bersempena majlis perasmian Mforce Best Shop Gee Leong Motor (M) Sdn. Bhd. dengan harga bermula dari RM48,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Read more →

(SEMASA) SUZUKI MALAYSIA MENGHIDUPKAN SEMANGAT SAMURAI DENGAN PENGENALAN SUZUKI SV650 IKONIK

Kuala Lumpur, Malaysia – 19 April 2025 (Sabtu) – Suzuki Malaysia dengan bangganya mengumumkan ketibaan salah satu motosikal paling ikonik – Suzuki SV650. Lebih daripada sekadar kemunculan semula, ini merupakan edisi terakhir bagi roadster V-Twin lagenda, yang menghayati semangat Samurai – halus, berkuasa dan tidak gentar. Read more →

(SUKAN) BERANI MEMBARA: Suzuki Malaysia Nyalakan Musim Perlumbaan 2025 dengan Pelancaran AMI-SUZUKI MOTORSPORT (ASM)

Kuala Lumpur, 19 April 2025 – Suzuki Malaysia hari ini melakar sejarah baharu dalam arena sukan permotoran tanah air dengan pelancaran rasmi pasukan perlumbaan kilang mereka, AMI Suzuki Motorsport (ASM), sekali gus menandakan kemunculan semula yang berani dan strategik dalam kalendar perlumbaan tempatan. Pelancaran ini turut memperkenalkan struktur perlumbaan yang diperluaskan bagi musim 2025, dengan matlamat mengukuhkan lagi kedudukan Suzuki sebagai pemain utama dalam sukan dua roda kompetitif di Malaysia. Read more →