KUALA LUMPUR, 26 Mei 2025 – Watsons Malaysia dengan bangganya memperkenalkan Target Pro by Watsons yang dinaik taraf – rangkaian penjagaan kulit berasaskan sains dari Jepun yang direka khas untuk menangani masalah kulit secara tepat dan berkesan. Kini tampil dengan penampilan baharu dan formulasi yang diperbaharui, rangkaian Target Pro terus memberikan hasil yang ketara melalui ramuan inovatif yang diterajui oleh penemuan terbaru S7ABELIX™, yang membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit serta meningkatkan penyerapan nutrien untuk kulit yang lebih sihat dan tahan lasak. Read more →
Archive for: May 2025
(SEMASA) WATSONS PERKENAL RANGKAIAN SERUM TARGET PRO BY WATSONS BAHARU & DINAIK TARAF: PENJAGAAN KULIT LEBIH PINTAR YANG MENYASAR, MERAWAT & MENGUBAH
(SUKAN) KEJOHANAN PICKLEBALL DUNIA BAKAL TEMBUS PASARAN MALAYSIA BUAT PERTAMA KALI
Kuala Lumpur, Malaysia – Kejohanan pickleball terbesar dan paling berprestasi di dunia, World Pickleball Championship (WPC) Series, bakal mencipta sejarah apabila dianjurkan buat pertama kalinya di Malaysia dari 16 hingga 20 Julai 2025. Acara berprestij ini akan berlangsung di The Pickle Grounds, sebuah fasiliti bertaraf antarabangsa yang terletak di atas bumbung One World Hotel, di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Read more →
(HIBURAN) MR.DIY Raikan Ulang Tahun ke-20 dengan Konsert Gempak Bertaburan Bintang di Stadium Merdeka
MR.DIY kini berusia 20 tahun — dan mereka meraikannya dengan konsert langsung paling hebat di bandar! Sempena ulang tahun ke-20, MR.DIY akan menganjurkan sebuah konsert mega pada hari Jumaat, 11 Julai 2025, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ia bakal menjadi malam yang penuh muzik, sambutan dan kenangan yang tidak akan dilupakan. Read more →
(HIBURAN) DEMAM KELUANG MAN KEMBALI MELANDA, CETUS NOSTALGIA, ADRENALIN & HUMOR
22 MEI 2025, Putrajaya – Filem ikonik yang paling ditunggu-tunggu, KELUANG MAN, bersedia menemui penonton di 154 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini. Keluang Man mempersembahkan karya sinematik segar dan mengujakan, sekaligus menjadikan dia berbeza daripada superhero yang lain. Antara yang menjadi kekuatan naskhah ini adalah watak utama iaitu Keluang Man, di mana karakternya yang ‘gila-gila’, bersahaja, dan dipenuhi kejutan jenaka yang akan menghiburkan penonton. Read more →
(SEMASA) PENGEMBARAAN ‘OFF-ROAD’ KINI LEBIH MENARIK DENGAN CFMOTO 800MT-X.
KEDAH, 22 MEI 2025 – CFMOTO Malaysia memperkenalkan satu lagi model berkuasa tinggi dalam segmen adventure touring iaitu CFMOTO 800MT-X yang dilancarkan secara eksklusif di Men Huat Motors Sdn. Bhd. Ditawarkan pada harga RM48,888.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), model ini hadir dengan dua pilihan warna menarik iaitu Zephyr Blue dan Nebula Black.
CFMOTO 800MT-X sentiasa memberikan semangat dan keberanian baru buat penunggangnya lebih-lebih lagi semasa menempuh perjalanan jauh serta laluan ‘off-road’ yang mencabar. Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 2-silinder sebaris, 4-lejang, DOHC, sistem penyejukan cecair bersesaran 799cc yang mampu menjana kuasa maksimum 70kW pada 8,500rpm dan tork maksimum 87Nm pada 6,750rpm. Read more →

